iDevAffiliate
Showing posts with label Produk Untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label Produk Untuk wanita. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

Mas Cotek untuk buasir


Mas Cotek atau Emas Cotek atau Emas Secotek digelar penawar segala penyakit wanita. Ia amat terkenal di kalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur di kawasan bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar.

Ia digelar emas cotek / mas cotek kerana setiap daunnya mempunyai titik hitam atau titik keemasan antara dua urat daun. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Herba ini adalah dari jenis pokok yang menumpang pada pokok lain. Walaupun begitu emas cotek bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Dalam peubatan herba, mas cotek digunakan bagi mengembalikan perca persalinan wanita dan merawat penyakit buasir. Nama saintifik mas cotek ialah Ficus Deltoidea.

Wednesday, October 15, 2008

Paramaria Plus: Supplemen Untuk Wanita


Paramaria Plus merupakan makanan kesihatan terbaik untuk pemeliharaan kejelitaan wanita luar dan dalam. Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca. Ia boleh merapatkan organ rahim khususnya apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.

Produk ini juga amat sesuai untuk wanita yang mengalami gangguan edaran haid atau haid tidak teratur pusingannya, juga untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih dan kesemutan pada kaki dan tangan.

Untuk masalah keputihan, sinergi terbaik adalah dengan mengamalkan Paramaria Plus, Herba Keputihan dan H.B.
Mereka yang sering mengalami senggugut, boleh ambil Paramaria Plus, Herba Senggugut dan Herba Tuju Angin.

Kandungan herba dalam Paramaria Plus amat berkhasiat untuk :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga.

Peringatan : Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Masalah Senggugut


Petua berkaitan senggugut, tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA:

Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam Kuliah Perubatan Jawi. Bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata, ia mungkin ada hubungannya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut. Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang, si isteri didapati mengandung.

Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit kapur makan (hujung jari) yang dimasukkan dalam air teh biasa dan minum. InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah. Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan (set lelaki dan set wanita).

Set lengkap untuk masalah senggugut adalah : Paramaria Plus, Herba Senggugut dan Herba Tuju Angin.

Thursday, September 4, 2008

Rangkaian Produk Centella White


Rangkaian produk Centella White adalah berkonsepkan PENCERAHAN yang bertujuan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit, merawat dan memulih, membuang sel-sel mati dan mencerahkan kulit, menegangkan dan menganjalkan kulit.

Produk Centella White mengandungi empat herba asas iaitu Pegaga, Pinang, Pueraria dan Sepang.

Pegaga atau centella asiatica mempunyai kelebihan sebagai bahan anti peradangan kulit, anti kedutan dan anti penuaan. Pinang muda pula berkesan sebagai agen pemutihan. Pueraria Mirifica yang mengandungi phyto-estrogen juga boleh melambatkan proses penuaan. Sepang pula dapat membantu menyerikan wajah yang kusam.



Antara rangkaian produk yang terdapat dalam set kosmetik Centella White adalah :
-Brightening Cleansing Gel
-Calming Fluid
-Soothing Eye Gel
-Intensive Brightening Essence
-Light Moisture Balance
-Brightening Night Cream
-Multi-Vitamin Scrub Mask
-Body Hydrating Lotion