iDevAffiliate

Thursday, August 28, 2008

T.E.A.M

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau juga dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion - bilion Ringgit di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya - raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang bergerak dalam kumpulan. Kita tidak akan berjaya kalau kita melakukannya secara sendirian. Oleh itu pastikan siapa ahli-ahli di dalam kumpulan anda (siapa upline dan siapa downline) dan hubungi mereka untuk bergerak bersama-sama.

Perniagaan MLM adalah perniagaan T.E.A.M

Together
Everyone
Accomplishes
More

Kenapa Kita Gagal Dalam Jualan Langsung?

Sebenarnya kalau kita selidiki secara mendalam, kegagalan adalah suatu proses berlanjutan untuk mencapai kemenangan. Rahsianya jangan putus asa dan jangan mundur diri. Beberapa punca kegagalan dalam perniagaan MLM atau jualan langsung adalah seperti berikut:

1. Sekali cuba menaja atau mencari orang kena tolak terus kecewa. Teruskan cuba dan cuba lagi.

2. Terlalu bergantung kepada upline dan tidak berusaha sendiri.

3. Semangat tidak berterusan kerana takut dengan cabaran. Selalu berhubungan dengan upline untuk dapatkan pandangan dan motivasi.

4. Terlalu percaya tanpa bekerja keras akan berjaya. Bak kata pepatah "To succeed, you must work very, very hard in a smart way".

5. Tidak mau belajar, angkuh kononnya sudah pandai. "Great and successful persons are always learning".

Science

Science Only Tell Us
What Is Possible
Not What Is Right

Monday, August 25, 2008

Kelebihan Ayam Kita

Sumber info dari blog http://hpanilai.blogspot.com

Ayam Kita adalah produk ayam organik keluaran HPA.
Antara kelebihan Ayam Kita ialah:

* Tidak menggunakan vaksin (suntikan)
* Isinya lebih lembut dari ayam biasa
* Tidak hanyir
* Isinya manis
* Ayam Kita diternak secara tertutup dengan suasana dingin (air-condition)
* Tidak tercemar oleh udara luar
* Makanan ayam adalah dedak yang telah dicampur dengan herba khas
* Ayam Kita disembelih oleh ustaz-ustaz

Kenapa MLM?


Suatu hari, Oprah Winfrey menanyakan billionair hartanah Donald Trump, “Jika anda menjadi bankrap lagi, apa yang akan anda lakukan?” Donald menjawab ringkas, “Saya akan memulakan perniagaan MLM.” Tentu ada sebab mengapa seorang billionair yang telah lama berniaga berkata begitu. Mengapa beliau lebih memilih MLM berbanding perniagaan lain?

Sesuatu yang amat menarik untuk difikirkan.

Mengikut kajian Universiti Yale selama 30 tahun, hanya ada 5 orang sahaja yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dalam setiap 100 orang. Hanya 5 % sahaja. Dan kebenarannya ada di sekeliling kita, di depan mata kita setiap hari.

Selama 30 tahun universiti tersebut membuat kajian terhadap 100 orang pemuda yang berumur 25 tahun. Mereka baru mula bekerja dan sehinggalah mereka berumur 55 tahun, inilah keputusannya :

1 orang - Sangat kaya

4 orang - Ekonomi berdikari

5 orang - Masih bekerja

27 orang - Mati

63 orang - Bangkai bernyawa

Pada setiap 100 orang hanya ada satu orang yang sangat kaya dan 4 orang yang berdikari dari segi ekonomi (financially free). Lihat sekeliling anda, bukankah benar kajian itu? Jadi, di mana kedudukan anda berdasarkan kajian tersebut? Tidak cukupkah kemudahan dan peluang yang tersedia disekeliling anda. Jawapannya hanya satu iaitu sama ada mahu atau tidak. Itu saja.

Pasaran Herba Tempatan

Pasaran herba tempatan dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 20 peratus. Sebahagian besar nilai ini disumbangkan oleh industri kosmetik, penjagaan diri dan kesihatan. Peluang inilah yang patut direbut usahawan tempatan sekiranya mahu bersaing dengan jenama global. Malahan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke9 (RMK9) turut memberi tumpuan kepada pembangunan herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi negara.

Antara tanaman herba yang diberi tumpuan ialah tongkat ali, pegaga, misai kucing, kayu serapat, mengkudu, sireh, manjakani, halia dan limau purut. HPA sendiri telah mengeluarkan banyak produk berasaskan herba tempatan seperti Radix (akar tongkat ali), Teh Herba (pegaga), Teh Tropika (misai kucing), Paramaria Plus (kayu serapat), Lady Cheer (sireh & manjakani) dan Madulia (madu dan halia).

Terbaru, HPA akan mengeluarkan Teh Manjakani.

Teh Herba HPA misalnya dipercayai khasiatnya boleh mengurangkan kencing manis, mengeluarkan toksin dalam darah yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti penyakit sendi, batu karang dan gout.Pengamal teh herba juga yakin produk ini mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang, mengawal tahap glukosa dalam darah dan digunakan secara tradisi untuk keseimbangan tekanan darah.

Penekanan yang diberi oleh HPA terhadap kesemua produknya ialah kualiti dan status halalnya. HPA mempunyai kilang diakui bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan, dianugerahkan sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International dan kesemua produk HPA mendapat pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM.

Terbaru HPA juga telah memformulasi produk penjagaan diri untuk kegunaan jemaah haji dan umrah dengan menitikberatkan keperluan mereka terhadap produk yang halal, tanpa bahan pewangi serta bebas bahan kimia.

Wednesday, August 20, 2008

Syampu Aromaterapi


Produk mandian terkini HPA adalah Syampu Aromaterapi. Ia merupakan kombinasi antara Aloe Vera dan Peppermint yang mengimbangkan kelembapan, menyegar dan menstimulasi kulit kepala, membuatkan rambut bersih, sihat dan bersinar. Cara penggunaan, gosokkan dengan lembut pada rambut. Untuk menyejukkan kepala, biarkan selama 2-3 minit kemudian bilas. Boleh disusuli dengan Perapi Rambut Aromaterapi.

Produk Muslim dan 100% Halal ini tidak diuji pada binatang.

Kuantiti: 250 ml
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 18.

Penemuan Saintifik Rahsia Lalat


"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit."

Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Penemuan ini merangsang pakar-pakar sains untuk terus mengkaji. Seperkara yang perlu disebutkan, tidak ada sebarang laporan daripada Nabi Muhammmad yang menyuruh kita meminum air yang dimasuki lalat. Hadis ini hanya tertumpu kepada penyakit dan penawar yang ada pada lalat. Mereka yang menganggap Nabi Muhammmad adalah pengotor dan ajaran Islam tidak relevan berdasarkan hadis ini adalah daripada golongan yang tergesa-gesa. Penemuan- penemuan semasa menunjukkan kata-kata Nabi Muhammmad adalah benar dan relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini.

*Petikan tulisan Dr Danial Zainal Abidin dari buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.

Motivasi Perkembangan Diri

Berikut adalah beberapa tip dari Dr. Fadzilah Kamsah untuk amalan perkembangan diri (self development) :

Tatacara Menjaga Minda
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki kita.

Sebelum tidur, berdoa, bergantung pada apa yang kita hendak. Sepanjang tidur, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk mendapatkan semua yang kita inginkan dan insya-Allah, kita akan bekerja untuk mendapatkannya (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara makan & minum
======================

Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan malam.
Ikut sunnah dan dapat pahala; boleh rujuk pada pakar pemakanan, vitamin C yang akan diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas sarapan pagi, makan tengahari / malam adalah hampir 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan, makan tengahari dan malam).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut lebih kurang 10 saat kemudian baru telan.

Tegukan kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, dll yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja), sebab bagi anak-anak yang tengah study, otak akan berfungsi dengan baik hanya 2 jam selepas makan. Kalau makan 8:30 malam, sekitar 10:30 malam baru start study and mungkin hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (orang cina makan dalam waktu ini). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air
=================
Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit), boleh elak daripada dapat batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri; ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak
=================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak atau baby anda tidur mengiring ke kanan, sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih lapang dan lega dan mudah berdegup dan otak anak akan berkembang dengan baik.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak.

Tatacara didik diri sendiri
======================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, secara berterusan, akan menjadi tabiat. Kalau tidak diamalkan, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif. Emosi sebegitu akan membenarkan otak mengeluarkan excessive adrenaline, cortisone dan toxine yang mana boleh membawa kepada penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut dll.

Friday, August 15, 2008

Bedak Talkum


Pengedaran bedak talkum oleh HPA telah pun bermula minggu lepas.

Produk pertamanya ialah Bedak Talkum Wanita yang berharga RM 6.50 di pasaran. Menyusul selepas ini ialah Bedak Talkum Lelaki dan Anak Kecil.

HPA menjangkakan jualannya akan mencecah ratusan ribu unit dalam tempoh tiga bulan pertama, inshaAllah.

Berubat Disuruh Agama


Petikan dari Buku 'Bestseller' Dr. Danial: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden
Buku Ini Menjadi Finalis Anugerah Media Islam Nasional 2006 :


Walaupun kesemua perkara ditentukan oleh Allah, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan oleh agama. Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakal.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Adakah aku tambat binatang dan aku bertawakal ataupun aku lepaskannya dan aku bertawakal?” Jawab Rasulullah: “Tambat dan bertawakal.” (Riwayat Tirmizi)

Justeru, seseorang yang menghidap sesuatu penyakit digalakkan untuk mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir. Mengikut sebuah riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata: “Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi.

Rasulullah juga turut berikhtiar sebagai contoh dengan berbekam, sedangkan Baginda merupakan manusia yang paling bertawakal kepada Allah. Selepas seseorang berikhtiar, hendaklah dia bertawakal dan berserah kepada Allah kerana Dialah sebenarnya yang menyembuhkan segala penyakit.

Sejarah menunjukkan ketika umat Islam membina hospital khas sebagai contoh di Damascus untuk merawat pesakit-pesakit kusta atau leprosy pada abad kelapan Masihi, dunia Eropah membunuh pesakit-pesakit mereka dengan membakar mereka secara rasmi. Hal ini disebutkan di dalam Islamic Perpectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar. Ini menunjukkan umat Islam terdahulu amat mementingkan ikhtiar dan tidak mudah menyerah kepada nasib dan keadaan.

Menjauhi Yang Haram Di Dalam Pengubatan

Secara dasarnya, ubat-ubatan yang mempunyai unsur-unsur haram tidak boleh digunakan untuk berubat, kecuali di saat kecemasan. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit ubatnya. Maka berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan menggunakan benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Memastikan kehalalan sesuatu perkara sebelum mengambilnya hukumnya adalah wajib. Imam Sahl bin Abdullah berkata: “Kejayaan terletak pada tiga perkara, iaitu, mengambil makanan yang halal, menunaikan amalan yang fardu dan mengikut petunjuk Rasulullah di dalam hidup.”

Pengambilan benda yang haram akan memberi kesan kepada ibadah seseorang. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Omar ra berkata: “Apabila kamu mengerjakan solat sehingga menjadi seperti busur panah yang melengkung, dan berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, Allah tidak menerima amalan mu melainkan apabila kamu mempunyai sifat warak yang mendinding iaitu, menjauhi yang haram di dalam hidup.”

Sehubungan dengan ini, Islam mengharamkan arak dan tidak menganggapnya sebagai ubat. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit.” (Riwayat Tirmizi-Hasan Sahih)

Cara Pengubatan Yang Selamat Perlu Diutamakan

Islam menyuruh umatnya menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan, termasuk di dalam aspek pengubatan. Nabi Muhammad bersabda: “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Berpandukan hadis ini, segala bentuk pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan, sebagai contoh pemindahan organ dengan menggunakan organ binatang (xeno-transplantation), penggunaan ubat yang boleh membawa kepada kesan sampingan yang berbahaya serta pembedahan kecantikan yang berisiko tinggi, adalah dilarang.

Sehubungan dengan ini, di dalam sebuah hadis diriwayatkan: “Rasulullah melarang penggunaan ubat yang keji.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)
Dalam Misykat Al-Masabih ‘ubat yang keji’ ditafsirkan sebagai ‘bahan yang mempunyai unsur yang tidak baik seperti najis, arak, kotoran, bahan-bahan yang tercemar dan seumpamanya,’ kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Pencegahan Lebih Diutamakan Daripada Pengubatan

Dalam bidang perubatan, Islam mengutamakan ‘pencegahan daripada pengubatan’ kerana ia selari dengan sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad. Salah satu kaedah fikah yang penting di dalam ilmu Islam ialah, “menghindari kerosakan perlu diutamakan daripada mengambil kemanfaatan”. Berpandukan kaedah ini, setiap perkara yang boleh menyebabkan kerosakan serta kemudaratan diharamkan oleh Islam sejak dari awal-awal lagi.

Sebagai contoh, zina boleh mendatangkan masalah kesihatan yang kronik justeru segala perbuatan yang boleh membawa kepada zina, seperti pergaulan bebas, khalwat di antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat, diharamkan oleh agama.


Di dalam konteks yang lebih luas, Islam menyuruh umatnya berdisiplin di dalam hidup kerana ia mampu mencegah daripada pelbagai penyakit. Sebagai contoh, di dalam aspek pemakanan, Nabi Muhammad menggalakkan pemakanan makanan yang berkhasiat melalui sabda Baginda: “Sesiapa yang meminum madu di waktu pagi, tiga kali pada setiap bulan, dia tidak akan menghidap penyakit-penyakit berbahaya.” (Riwayat Ibn Majah)

Di samping itu berlebih-lebihan di dalam aspek makan minum perlu dijauhi kerana ia memberi kesan yang negatif kepada kesihatan. Baginda bersabda: “Tidak ada bekas yang lebih keji daripada perut anak Adam. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya, dan sekiranya dia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah dan An-Nasai)

Kesihatan gigi juga perlu dijaga. Nabi Muhammad bersabda, “Jika tidak menyusahkan umat ku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat isyak dan bersugi gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (Riwayat Muslim) Apabila sesuatu wabak menyerang kawasan tertentu, prosedur pencegahan perlu dilakukan agar ia tidak merebak ke kawasan lain.
Sebagai contoh, ketika khalifah Omar ibn Khattab ra merancang untuk ke kota Syam, beliau mendapat berita bahawa kota itu diserang oleh wabak taun. Selepas bermesyuarat dengan sahabat-sahabat beliau, mereka bersetuju untuk tidak ke sana sebagai langkah berjaga-jaga. (Riwayat Bukhari)

Antara formula umum yang digunakan oleh Nabi Muhammad di dalam aspek pencegahan seperti yang disebutkan oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyah di dalam At-Tib An-Nabawi ialah, “mengurus dan menjaga dengan baik di dalam aspek makan minum, pemakaian, kebersihan tempat tinggal, penjagaan udara dan persekitaran, penjagaan ketika tidur dan bangun, ketika bergerak dan duduk diam, mengurus perkahwinan, mengurus penggunaan masa lapang dan juga penggunaan masa ketika menyendiri dengan ibadah. Apabila kesemua ini dapat diseimbangkan dengan mengambil kira kekuatan badan, keadaan persekitaran, masa dan adat kebiasaan, ia sering kali dapat menghasilkan kesihatan dan kesejahteraan yang terbaik.”

Menggalakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

Di dalam aspek duniawi, umat Islam digalakkan mengkaji dan menyelidik untuk memastikan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Sebarang pendekatan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut peningkatan ilmu dan pengalaman manusia. Sehubungan dengan ini Nabi Muhammad bersabda: “Kamu lebih tahu urusan dunia kamu.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini, apabila dikaitkan dengan bidang perubatan, mengizinkan para pengamal perubatan dan ahli sains Muslim mengkaji untuk memastikan prosedur dan ubat-ubatan yang lebih sesuai untuk digunakan. Di dalam proses itu, mereka boleh belajar dan manfaatkan kemahiran yang dimiliki oleh golongan bukan Islam terutamanya di dalam usaha untuk menguasai teknologi terkini. Rasulullah pernah mengizinkan golongan kafir dari tawanan-tawanan Badar mengajar anak-anak orang Islam menulis dan membaca sebelum membebaskan mereka.

As-Syeikh Said Hawa berkata di dalam Ufuk Risalah Taklim: “Allah menjadikan alam ini untuk kepentingan manusia, justeru, setiap ilmu yang dapat menghasilkan kepentingan ini dituntut oleh agama... Hasil daripada penelitian yang menyeluruh tentang syariat Islam yang dibuat oleh Imam Ibn Qaiyim, beliau akhirnya merumuskan, ‘di mana saja terdapat kemaslahatan, di situlah wujudnya syariat Islam....’

Islam memberikan kebebasan kepada akal manusia untuk berfikir di dalam perkara yang sepatutnya difikirkan. Islam juga memberikan kebebasan kepada seseorang Muslim untuk melakukan kajian ilmiah di dalam bidang yang amat luas."

Walau bagaimanapun, setiap penyelidikan hanya diiktiraf oleh Islam apabila ia tidak terbabas daripada dasar-dasar syariat, sebagai contoh, Islam tidak mengiktiraf sebarang kajian yang bertujuan untuk menghalalkan arak dan zina.

Sebenarnya, umat Islam amat kaya dengan penyelidikan dan kajian. Sejarah menunjukkan, Ar-Razi ketika diminta untuk menentukan tempat yang terbaik untuk pembinaan sebuah hospital di Baghdad, menggantung beberapa potong daging di beberapa tempat, dan kawasan yang terpilih akhirnya ialah kawasan yang dagingnya tidak rosak dan reput.

Pada abad keempat belas, ketika wabak hawar atau plague, menyerang Eropah dan orang-orang Barat menganggap itu bala Tuhan dan hanya berserah kepada takdir, Ibn Khatib dari Granada, mengeluarkan kajiannya berhubung dengan penyakit dan jangkitan untuk dimanfaatkan.

Ar-Razi merupakan orang pertama yang mengkaji dan menulis berhubung penyakit cacar atau smallpox, dan campak atau measles. Tulisannya berhubung kedua-dua penyakit ini begitu terperinci sehingga tidak ada tokok tambah dan pembetulan yang perlu dilakukan hingga ke hari ini. Beliau juga merupakan orang pertama yang menggunakan alkohol sebagai bahan antiseptik dan benang sutera untuk menjahit luka. Semua ini menunjukkan umat Islam terdahulu amat ke depan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan sains.

Blog Dr Danial Zainal Abidin boleh dilawati di: http://mindasuper.com/

Thursday, August 7, 2008

Anugerah "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008"


Mungkin ada yang belum tahu, HPA telah memenangi salah satu anugerah tahunan dari FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).

Anugerah tersebut adalah bagi kategori "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008". HPA menerima anugerah tersebut kerana kejayaannya mewujudkan satu rangkaian perniagaan produk pertanian sesuai dengan tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2008 iaitu "Pertanian adalah Peniagaan".

Anugerah "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008" akan disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Ogos 2008 sempena dengan ekspo pertanian MAHA yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Mardi Serdang). MAHA 2008 akan berlangsung dari 11 - 23 Ogos.

Tahniah HPA!

Wednesday, August 6, 2008

Waktu Dan Peralatan Berbekam

"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam"
-Hadis riwayat Bukhari.

Kursus berbekam anjuran HPA pada 19 - 20 Julai 2008 yang lalu telah membincangkan secara terperinci beberapa kaedah berbekam, waktu yang sesuai untuk berbekam dan peralatan yang digunakan pada era moden ini.

Secara amnya bekam terbahagi kepada empat jenis :

1)Bekam basah atau "Wet Cupping" - dikenali juga dengan bekam darah iaitu dengan mengeluarkan darah kotor dari badan.

2)Bekam kering atau "Dry Cupping" - dikenali juga dengan bekam angin bertujuan untuk mengeluarkan angin di dalam tubuh. Sedutan bekam akan mengembangkan liang-liang roma dan kita akan dapat lihat bintik-bintik air atau wap dalam cupping.

3)Bekam luncur - caranya ialah dengan meluncurkan cupping atau cawan bekam yang telah disedut di tubuh. Biasanya ia digunakan untuk melancarkan perjalanan darah di bahagian belakang terutamanya di kedua urat belikat.

4)Bekam tarik - sangat sesuai dilakukan di bahagian kepala terutama di dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya ialah dengan meletakkan cawan atau cupping kecil di kepala lalu disedut dan ditarik serta merta berulang kali. Sebelum itu sapukan dahulu Minyak But-But di kawasan yang ingin dibekam.

Waktu yang sesuai untuk berbekam ialah pada pukul dua atau tiga petang kerana pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dibekam. Hari yang afdal untuk berbekam pula ialah pada hari Isnin dan Selasa.

Di antara peralatan bekam moden yang disyorkan dalam Perubatan Jawi HPA adalah seperti berikut :
-Cawan
-Lancet
-Jarum
-Pump
-Sarung tangan
-Minyak But-But
-Penutup mulut (mask)
-Gunting
-Bahan pencuci antiseptik (Dettol, alkohol, dsb)
-Kapas atau tisu
-Alat pengukur tekanan darah (optional)
-Alat pengukur gula dalam darah (optional)

Friday, August 1, 2008

Tanaman Organik, Konvensional atau 'Genetically Modified'


Antara hasil tanaman secara organik, konvensional atau 'genetically modified'...

Mana satu pilihan anda?

Tentunya tanaman yang dihasilkan secara organik lebih selamat dan diyakini.

Akhir-akhir ini HPA juga semakin agresif mengusahakan penternakan dan perladangan secara organik. Diharapkan usaha ini akan dapat menampung keperluan pemakanan bersih, sihat dan halal yang begitu meningkat.

Apa perlu kita masukkan perut kita dengan hasil makanan secara konvensional yang telah diresapi racun serangga?
Apa perlu kita penuhi perut kita dengan daging ayam yang telah disuntik bahan kimia?
Berita terkini ialah HPA akan memperbesarkan penternakan ayamnya untuk mencapai target bekalan 500,000 ekor satu pusingan ternakan. HPA juga kini membuka peluang kepada para ahlinya untuk terlibat secara langsung dalam penternakan dan perladangan secara organik.
Antara kontrak perladangan yang dibuka untuk semua ahli ialah :

1. Tanaman jagung - untuk makanan ayam dan kambing/lembu.
2. Tanaman cili - untuk keperluan sos RFC
3. Tanaman tomato - untuk keperluan sos RFC
4. Pegaga - untuk herba ubatan HPA.
5. Roselle - untuk herba ubatan HPA
6. Serai - untuk herba ubatan HPA
7. Misai kucing - untuk herba ubatan HPA
8. Kunyit - untuk ubatan dan makanan ayam
9. Halia - untuk ubatan dan makanan ayam
10. Limau perut - untuk ubatan HPA
11. Ternakan ayam - untuk bekalan RFC
12. Baja organik - untuk tanaman herba ubatan.