iDevAffiliate

Saturday, May 24, 2008

Rahsia Susu Organik


(Petikan artikel dari Majalah Rapi Sihat Cantik)

Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dan vitamin dalam susu organik lebih tinggi berbanding susu biasa. Kajian yang dilakukan Institut Kajian Pertanian mendapati susu organik mengandungi 50 peratus vitamin E dan 75 peratus beta karotina lebih tinggi. Lembu dan kambing yang diberi makan sayuran atau tumbuhan organik juga akan menghasilkan susu yang kaya peratusan Omega-3.

Seperti yang saya tulis pada posting terdahulu, salah satu produk terbaru HPA adalah susu kambing segar asli (250ml, kambing ternakan diberi makan secara organik). Masa untuk sesuatu yang baru!

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Monday, May 19, 2008

Mengesan penyakit dengan kaedah iridologi

Sebagai ahli HPA, kita akan berpeluang belajar pelbagai cara mengesan dan merawat penyakit.
Salah satu kaedah yang diajarkan ialah iridologi.

Iridologi merupakan satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Ia merupakan satu kaedah dalam diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan kesihatan seseorang.

Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang kedapatan pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu. Menerusi kaca pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh.

Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

Iridologi telah lama diamalkan di negara-negara Barat dan merupakan alternatif yang berkesan untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan dan mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit. Dr Ignatz von Peczely merupakan orang yang terawal menemui kaedah iridologi. Beliau pada mulanya membuat kajian dan pemerhatian ke atas burung hantu.

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Sudut kesihatan dalam Mingguan Malaysia melaporkan "Hipertensi (tekanan darah tinggi) telah menjadi satu epidemik global dengan 1.5 bilion penduduk dunia menghidapinya.Dalam tahun 2006, 42.6 peratus rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas dianggarkan menghidap hipertensi tetapi hanya 26 peratus daripada mereka yang menerima rawatan berupaya mengawal tekanan darah mereka."

"Selain sering dikaitkan dengan strok dan serangan jantung, hipertensi juga berkait rapat dengan buah pinggang. Hipertensi yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan kepada buah pinggang dan sebaliknya juga penyakit buah pinggang boleh menyebabkan hipertensi menjadi bertambah buruk."

Pengarah Urusan HPA dalam blognya menulis kapsul Vitex boleh digunakan untuk merawat darah tingi. Bahan utama dari produk ini ialah pokok patawali / seruntun-utara / brotowali yang mengandungi satu bahan aktif dikenali sebagai palmatin. Kajian mendapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilanya seperti di bawah :-

Vitex - 3 biji x 3 kali sehari
Omega 3 - 3 biji x 3 kali sehari
Teh herba - 1 hari 2 uncang / sachet
VCO - 2 biji x 3 kali sehari

Sinergi ini bukan sahaja menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit.

Beli Dan Guna Dulu!

Tip untuk ahli-ahli baru HPA : beli dan guna produk-produk HPA sebelum anda cuba menjualnya pada orang lain.

Dengan mencubanya sendiri, anda ada 'first-hand experience of the product'.
Dan itu tentunya akan lebih meyakinkan (convincing) bila anda menceritakannya pada orang lain; berbanding dengan mereka yang cuba mempromosi produk HPA hanya dengan pembacaan (dan hafalan) dari brochure.

Semoga berjaya!

"Produk Halal Tanggungjwab Bersama"

Wednesday, May 14, 2008

Kebaikan kopi radix


“Perniagaan KOPI RADIX tidak perlu mereka yang pandai dalam perawatan, semua orang boleh menjualnya”-Hj Khalid-KL.
“Golongan muda yang masuk MLM mudah menjualnya” Zainal Ahmad-KL.
“Saya tak ada masalah nak jual kopi ini” Saudara Mohd Khatib-Kedah.

Begitulah antara komentar mereka yang telah berjaya menjual kopi radix.
Persoalannya ialah mengapa kopi radix begitu tinggi sambutannya dan apakah kelebihan 'killer product' HPA ini ?

Kopi radix ialah kopi yang telah dicampurkan dengan 7 jenis akar-akar kayu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan dijadikan minuman harian seisi keluarga
.

Berikut disenaraikan antara kebaikan kopi radix yang boleh diperolehi dari pengamalan meminumnya secara berterusan:
1. Sumber tenaga segera (instant energy)
2. Mencuci colon
3. Mencegah kanser payudara
4. Merawat asma
5. Memecahkan batu dalam ginjal
6. Menguatkan jantung
7. Merawat kencing manis
8. Menghilangkan ketagihan merokok
9. Merawat libido/lumbago
10. Antitumor

Bahan yang dikenali sebagai quassinoid merupakan bahan antitumor yang terdapat di dalam pokok tongkat Ali dan ini telah diperkuatkan oleh kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.


Contoh produk Kopi Radix (kotak kecil, 15 paket).

Monday, May 12, 2008

Sambutan Hari Asma (11 Mei 2008)

6 Mei lalu merupakan sambutan Hari Asma Sedunia 2008 yang disambut pada hari Isnin pertama bulan Mei setiap tahun. Bagaimanapun, sambutan Hari Asma Sedunia peringkat kebangsaan di negara ini berlangsung hari ini (11 Mei 2008) bagi membolehkan lebih ramai penyertaan umum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 300 juta penghidap asma di seluruh dunia dengan 255,000 pesakit direkodkan meninggal dunia pada 2005, di mana 80 peratus daripadanya di negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Mingguan Malaysia (11 Mei 2008) melaporkan lebih 400 juta akan mengidap asma menjelang 2025. Tema Hari Asma tahun ini ialah : “Anda boleh mengawal asma anda” (You can control your asthma).

Saya pernah mendengar pengakuan seorang usahawan HPA yang bertahun menghidap asma kini sembuh sepenuhnya dengan mengamalkan herba HPA. Beliau sering mengamalkan minyak herba untuk masalah tersebut. Cadangan produk herba HPA terbaik untuk masalah asma ialah:

1. Morin-A: makan 2 biji pagi dan 2 biji malam
2. Madu Asli: minum campur air setiap pagi
3. Teh Herba: minum setiap malam campur dengan madu asli
4. Kopi Radix: minum 2 kali sehari
5. Minyak Herba: masukkan sedikit dalam air suam dan diminum setiap malam

Makan herba secara istiqamah (konsisten) dan banyakkan minum air kosong setiap hari. Jangan lupa solat hajat dan berdoa kepada Allah. Dia lah yang menurunkan penyakit dan Dia lah yang Maha Berkuasa menyembuhkannya. Jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba dan ubat hospital. Untuk anak kecil, amalkan madu campur air dan sapu minyak herba di dadanya.

Sunday, May 11, 2008

Cinnamon for hypertension and diabetes

TV3 had a slot today on alternative medicine using herbs (MedikTV 10/05/08, 5.00pm).

It showed the use of cinnamon ("kayu manis" in Malay) as an alternative treatment for hypertension and diabetes patients.

As for the products from HPA, we have Vitex for hypertension and Plantisol for diabetes.

Of course these supplements are better used with the combination of some other products as per the advise from HPA herbalist.

Saturday, May 10, 2008

Creams that can cause cancer

Beware of some creams on the market; it can cause cancers :


That's why HPA has come out with its own cosmetics products to cater for consumers' demand of safe and halal products.


Centella White from HPA


Monday, May 5, 2008

Spirulina keluaran HPA

Gambar di bawah merupakan kolam penternakan spirulina keluaran HPA :

Spirulina merupakan sejenis alga biru hijau (tumbuhan mikrofonik) yang tiada mempunyai selulos pada dinding sel dan mengandungi mukopolisakarida. Ketiadaan selulos pada dinding sel memudahkan penyerapan. Inilah salah satu kebaikan dan kelebihan spirulina untuk golongan warga emas atau yang mempunyai masalah penghadaman.

Kandungan mukopolisakarida pula menyebabkan kadar penyerapannya lebih tinggi dari susu tepung (asid laktik).Antara manfaat lain spirulina adalah ia meningkatkan aktiviti anti virus dalam badan, menghindarkan sembelit dan mengawal berat badan - pengambilan spirulina menyebabkan rasa kenyang dan mempercepatkan masa transit makanan dalam usus.

Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau!

Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

Panduan penggunaan Kordial Roselle keluaran HPA :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan 1 bahagian pati dengan 4 bahagian air mengikut rasa.
Selamat mencuba.

Kelebihan buah kurma

Selain Kopi Radix, HPA juga ada memasarkan produk-produk makanan kesihatan untuk para pengguna.
Antaranya ialah kurma mariami, yang dibawa khas dari Iran.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka dapatkanlah produk berasaskan kurma (buah atau kordial) dimana-mana stokis HPA yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada ibu serta bayi yg sedang dikandung...juga kepada yang bukan ibu atau bayi :)