iDevAffiliate

Thursday, April 21, 2011

Spirulina Untuk Warga Tua

Untuk warga tua yang sering mengalami keletihan yang disebabkan oleh kekurangan nutrien, dicadangkan mengambil kapsul spirulina sebagai makanan tambahan (supplemen). Warga tua kerap mengalami masalah sistem penghadaman yang sensitif dan memberi kesan pada penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil.

Spirulina
merupakan tumbuhan alga berwarna hijau kebiruan yang kaya dengan pelbagai nutrien bermanfaat untuk tubuh. Spirulina membekalkan protein yang tinggi, zat besi, kalsium, magnesium, vitamin B dan pigmen tumbuhan seperti klorofil, karotenoid dan fikosianin. Protein yang tinggi penting untuk bekalan tenaga dan membantu melegakan keletihan.

Satu lagi kebaikan atau kelebihan spirulina ialah ia mempunyai dinding sel yang lembut. Ini memudahkannya untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh yang bersesuaian dengan warga tua, berbanding dengan protein daripada haiwan. Spirulina juga ideal untuk pemakanan harian kerana tidak mengandungi kolesterol.

Kandungan klorofil yang tinggi juga boleh bertindak sebagai agen pembersih yang mungkin bermanfaat bagi mereka yang cenderung mengalami sembelit sebagaimana lazimnya berlaku pada warga emas. Memang unik tumbuhan herba yang satu ini. Pengambilan spirulina organik seperti keluaran HPA patut jadi pilihan bagi mereka yang pentingkan kualiti, selain bebas daripada baja kimia dan racun serangga. Spirulina keluaran HPA berbentuk kapsul adalah untuk kepelbagaian penggunaan.

Friday, April 1, 2011

Botol susu polikarbonat 'Bisphenol A' akan diharamkan

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Sumber: Berita Harian.