iDevAffiliate

Saturday, March 31, 2012

Ujian tekanan darah

Artikel Mingguan Malaysia berkenaan tekanan darah memang menarik.Antara lain ia menyentuh mengenai ujian tekanan darah yang dilakukan dengan mengambil dua ukuran bacaan: sistolik dan diastolik.

Sistolik adalah bacaan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung.
Diastolik pula adalah bacaan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Bacaan ideal atau normal ialah 120/80 mmHg.

Orang yang mengalami bacaan tekanan yang tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan (melebihi 140/90 mmHg semasa berehat) dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak pula ia dikatakan sebagai acute change. Biasanya golongan tua sering mengalami tekanan darah rendah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf autoimun atau Autoimmune Nervous System.


Jika anda menetap berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, anda berpeluang melakukan ujian kesihatan secara percuma di situ. MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini sedang giat mendapatkan peserta untuk Projek Kohort Malaysia di mana anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk mereka. Kesemua peserta diminta menjawab soal selidik, menderma spesimen darah dan air kencing dan juga berpeluang melakukan saringan kesihatan berikut secara percuma:
-pemeriksaan tekanan darah
-ujian fungsi jantung
-ujian fungsi paru-paru
-ujian fungsi buah pinggang
-pemeriksaan darah
-analisis komposisi badan
-pengukuran indeks jisim tubuh, ukurlilit pinggang dan pinggul.

Friday, March 30, 2012

YB di Melaka kantoi Ops Tapis?

Hmm..agak menarik laporan Sinar Harian edisi Ahad 25 Mac yang lepas.

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa - Semasa - Sinar Harian

Dikatakan seorang YB antara 27 yang diperiksa dalam satu serbuan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. YB itu menurut laporan Sinar Harian merupakan pelanggan di premis berkenaan. Siapa agaknya YB yang dimaksudkan? DUN ke Parlimen?

Sunday, March 25, 2012

Tempe pun akan ada standard


Indonesia telah dipilih sebagai negara yang bakal merangka standard antarabangsa bagi makanan kegemaran rakyatnya iaitu tempe. Cara pembuatan tempe di Indonesia akan diguna pakai sebagai kaedah standard industri tempe dunia. Itu telah diumumkan sendiri oleh Codex Alimentarius Commission, sebuah suruhanjaya di bawah naungan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berita lanjut di sini.

Wednesday, March 21, 2012

Rahsia Sihat Ungku Aziz

Ungku Aziz telah menjangkau usia 90 tahun tetapi masih tetap sihat fizikal dan mental. Apakah rahsia Pak Ungku mengekalkan tahap kesihatannya sehingga hari ini?

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia keluaran 19 Februari 2012, Pak Ungku memberitahu, "rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari. Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai."

Hm..makan bawang besar secara mentah-mentah. Itu antara rahsianya.

Ada kajian mengatakan memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

Selain itu bawang putih (garlic) juga mempunyai beberapa khasiat yang hampir serupa, antaranya:
-Merawat selesema, asma dan batuk.
-Menambah dan mengawal selera makan.
-Sebagai antibiotik / antivirus yang berkesan.
-Mengecutkan ketumbuhan.
-Menurunkan kolesterol.