iDevAffiliate

Tuesday, October 22, 2019

Tips memberus gigi yang sempurna


Gunakan berus gigi yang lembut, lebih-lebih lagi untuk gigi yang sensitif dan gusi yang mudah berdarah.

Picit sedikit ubat gigi (dengan ubat gigi Glister picit hanya sebesar kacang pea sudah cukup memadai).
Gosok perlahan-lahan, dan berikan sedikit masa untuk menggosok disemua bahagian gigi. Cara begini lebih bagus dan baik untuk kesihatan mulut.

Jangan ingat guna berus gigi yang keras korang boleh buang semua kotoran dicelah gigi. Menggosok gigi dengan kasar membuatkan gusi mudah berdarah dan tidak semestinya semua kotoran dapat dikeluarkan. Bila gusi berdarah, masalah bau mulut dan bakteria merebak pun boleh berlaku.

Monday, October 21, 2019

Thursday, October 17, 2019

Penyalahgunaan Tyre Shine yang dibenarkan


Pengilat tayar (Tyre Shine) membantu tayar anda agar sentiasa kelihatan berkilat seperti baru dan memberikan lapisan pelindung yang menangkis kotoran jalan. 

Muncung berkipasnya yang tidak menitik dan injap khas 180ยบ membantu anda menggunakannya di tempat-tempat yang sukar dicapai dan mengurangkan pembaziran yang tidak perlu. 

Di samping itu, produk serba boleh ini juga berfungsi sebagai semburan pelincir untuk menghentikan bunyi berkeriut, mengurangkan geseran dan hakisan. Ia boleh digunakan untuk mengembalikan kilauan pada permukaan vinil, getah dan plastik yang lain.


Contoh penyalahgunaan Tyre Shine yang dibenarkan.
Harga runcit : RM 23.20

Wednesday, October 16, 2019

Femime Wash - Teman intim kaum wanita


Yang tak pernah pakai pencuci wanita, saya rasa dah mula kena pakai.
Sebab mencuci dengan air saja tidak menjanjikan yang "si bunga" itu bebas dari bau, bakteria dan kuman jahat.

Jadi wanita memang renyah, nak kena rajin jaga diri sebab wanita ni hebat, macam-macam benda dia nak buat.

Jom mula jaga keintimanmu dengan Femime Wash.
Antara ciri-ciri feminine wash keluaran Amway ialah:
- mengandungi haruman epal yang menyegarkan
- menggunakan bahan semulajadi seperti sirih dan selamat digunakan.
- membantu melegakan keradangan ringan
- boleh digunakan setiap hari
- yang paling bagus produk ini mengandungi asid laktik iaitu element penting untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam badan.

Harga runcit: RM24.30

Monday, October 14, 2019

Hilangkan Bau Hapak


Apa nak buat bila rumah berbau hapak? Ada macam-macam bau yang meloyakan. Ada bau sampah yang lupa nak buang kat dapur dan dah membuak baunya ke segenap ruang rumah. Di dapur ada bau sisa-sisa makanan...dan berbagai jenis bau lagi di dalam kereta, di pejabat, di bilik tidur... Haaa..apalagi...Spray cepat-cepat dengan penyegar udara Green Meadows ni. Bau tak sedap kejap je hilang! Air freshener Green Meadows akan menyegarkan bau rumah kediaman kita.

Penyegar udara Green Meadows mengandungi Neutralodor, penyahbau unik yang berkesan meneutralkan dan menghapuskan bau, dan menyegarkan udara dengan hanya satu semburan.

Harga runcit:

RM 27.40

Friday, October 11, 2019

Gunakan Minda Separa Sedar Untuk Capai Impian


Minda separa sedar adalah minda kreatif dan merupakan tempat di mana terletaknya emosi. Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar tetap mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuh serta menghalang penyakit. Menurut kajian yang dijalankan di negara-negara maju, mereka yang berjaya di dalam kehidupan adalah golongan yang mahir menggunakan keupayaan minda bawah sedar (subconscious mind).

Jadi gunakanlah minda separa sedar anda untuk mencapai segala yang anda impikan dalam hidup. Ingin bebas dari hutang, berjaya dalam kerjaya, punya pendapatan berkali-kali ganda dari gaji sekarang, berjaya dalam perniagaan MLM, dapat melancong bersama keluarga ke luar negara setiap tahun ... semuanya anda boleh programkan ke minda separa sedar anda.

Ada banyak buku di pasaran yang menceritakan rahsia kehebatan minda separa sedar atau subconscious mind. Antara yang dibahaskan adalah beberapa teknik menguasai minda seperti teknik percakapan diri atau self talk, teknik meditasi, teknik telepati dan teknik magnetisme.