iDevAffiliate

Wednesday, October 3, 2012

Guna Facebook Untuk Kembang Jaringan ABO

Bagi yang ulat Internet atau kaki Internet atau apa-apa istilah yang membawa maksud anda memang menghabiskan banyak masa seharian di ruang siber, mungkin boleh gunakan kelebihan yang ada pada Facebook untuk menambah / mengembangkan jaringan MLM anda.

Facebook adalah laman 'social networking' atau rangkaian sosial yang membolehkan anda membina komuniti secara online dengan orang yang mempunyai sama latar belakang, hobi, profesion atau apa-apa kriteria pilihan anda. Anda boleh cari teman-teman lama (atau baru), bekas rakan sekolah, teman sekerja, saudara mara, jiran atau sesiapa saja melalui ruangan carian dalam Facebook. Setelah anda menemui mereka dan anda pasti mereka orang yang anda ingin hubungi, anda boleh klik pada butang "Add as Friend". Sahabat anda perlu mengesahkan permintaan anda sebelum anda boleh menambah profail sahabat anda itu.

Kalau anda sudah mempunyai akaun dalam Facebook, apa kata 'add' saya dalam senarai kawan anda. Mungkin ada banyak perkara atau pengalaman kehidupan yang boleh dikongsi bersama. Di samping itu, kita boleh kembangkan lagi rangkaian perniagaan sebagai Amway Business Owner (ABO) bersama-sama :)