iDevAffiliate

Friday, June 27, 2008

Isu Keracunan Dalam Makanan Dan Produk Penjagaan Diri

Kita telah acapkali didedahkan melalui media cetak dan elektronik tentang penemuan bahan - bahan merbahaya di dalam produk-produk makanan dan minuman di Malaysia.

Di sini disenaraikan dua contoh bahan yang boleh membawa keracunan dalam tubuh manusia :
1) Mercury
Tahukah anda bahawa mercury atau raksa adalah satu logam berat (heavy metal) yang didapati digunakan di dalam produk makanan ayam? Mercury atau raksa akan menyebabkan kerosakan pankreas ayam seterusnya ayam makan tanpa henti. Ini bertujuan mendapatkan ayam-ayam yang gemok dan bersedia untuk bekalan pasaran dalam masa yang singkat (25 hari).

Apabila ibu-ibu yang hamil kerap mengambil ayam tersebut, anak dalam kandungannya akan mengalami kesan dari kehadiran logam berat mercury. Dari pemerhatian kes-kes anak kecil yang menghidap penyakit kencing manis, kita boleh membuat kesimpulan ini mungkin disebabkan kekerapan para ibu memakan ayam yang mengandungi mercury, yang akhirnya mungkin telah merosakkan pankreas anak mereka.

2)Fluorida
Begitu juga dengan penggunaan fluorida di dalam ubat gigi yang boleh mengganggu fungsi kelenjar tiroid.
Artikel oleh laman web YADIM menyebut:
"Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dzulkifli Abdul Razak berkata, bahan itu (fluorida) lebih memudaratkan pesakit buah pinggang, jantung, kencing manis dan AIDS.

Pensyarah di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sulaiman Noordin, sebelum ini pernah menyarankan kerajaan mengharamkan fluorida dalam proses rawatan air kerana penggunaannya hanya mendedahkan pengguna kepada pelbagai masalah kesihatan.

Beliau berkata, kajian menunjukkan fluorida bukanlah satu bahan pemakanan, sebaliknya bersifat toksik dan boleh merosakkan fungsi organ tertentu. Dr Sulaiman berkata, penggunaan fluorida terutama oleh golongan berumur disifatkan sebagai penganiayaan kerana bahan itu tidak lagi diperlukan dalam sistem tubuh mereka. Kanak-kanak yang keracunan fluorida juga mengalami insomnia, muntah, dan bibir bengkak.


Ubat gigi herba HPA menggunakan khasiat daun mambu dan bunga cengkih; tidak mengandungi fluorida, gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Thursday, June 26, 2008

Terapi Pengerat Kasih Sayang

Di sini diperturunkan beberapa kaedah kepada para isteri semoga menjadi isteri yang solehah berdasarkan kaedah terapi Pengubatan Jawi . Terapi ini paling berkesan dilakukan kepada suami anda apabila ia pulang dengan keletihan.

1. Aroma terapi - sediakan satu alat pemanas bagi menyemarakan rumah anda dengan aroma yang sesuai. Biasanya aroma untuk penenang yang terbaik ialah minyak Kenanga.

2. Air bermadu - Sediakan segelas air mineral HPA yang dicampurkan dengan madu lebah asli atau pun kopi radix bercampur madu. Jangan letak di atas meja tetapi hulurlah
dari tangan anda yang ikhlas.

2. Rendaman kaki - Sesekali anda sediakan pula air panas yang dicampur dengan garam dan pokok hempedu bumi untuk rendaman kaki suami. Ini akan melegakan keletihan kakinya berjalan mencari rezeki untuk anda sekeluarga.

3. Urutan refleksologi - Refleksologi sangat baik dan saya yakin tidak sampai 5 minit anda membuat terapi untuk suami, dia akan tertidur. Kalau untuk tujuan membolehkan suami tidur jangan gunakan minyak But-But tetapi gunakan minyak VCO atau minyak zaitun kerana minyak But-But akan menyebabkan dia terus segar.
Sewaktu pasangan anda sedang tidur, berdoalah agar dia diberikan kesihatan dan bertambah kuat imannya dari hari ke hari. (ikuti kursus refleksologi KPJ-Kuliah Perubatan Jawi).

4. Kiro - Kalau diperlukan anda boleh melakukan kiro (rawatan kiropraktik) pada suami anda. Jika terdapat bunyi yang banyak, fahamilah bahawa dia sedang dilanda dengan banyak masalah. Jadi jangan ditambah dengan masalah lagi.

Ini antara 4 tip perawatan Jawi untuk menjadi isteri yang sentiasa diredhai suami seperti yang diajarkan oleh pengasas HPA (Tuan Haji Ismail Ahmad) dalam blog "jawiherbshop". InsyaAllah.

Monday, June 23, 2008

Minyak Zaitun

Di zaman Yunani dan Romawi, olive oil atau minyak zaitun digunakan untuk menyembuhkan luka dan lecur terbakar dan menghindari kulit menjadi gelap bila terdedah kepada sinaran matahari panas. Para pakar yakin minyak zaitun mengandungi lemak baik yang mampu mencegah radikal bebas pada kulit dan baik untuk jantung.

Kombinasi penggunaan minyak zaitun, madu dan habbatussauda'  adalah baik untuk rawatan sakit tulang, rawatan bagi lenguh - lenguh di persendian, rawatan untuk kebas di hujung - hujung jari dan rawatan strok.

Dos yang disarankan untuk pengambilan harian bagi minyak zaitun ialah 3 sudu besar, 3 kali sehari.


Saturday, June 21, 2008

Coscinium Plus sebagai sntibiotik

Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail dalam blognya (jawimedherb) menyarankan penggunaan Coscinium Plus dalam dunia rawatan herba sebagai antibiotik.

Coscinumm Blumeanum adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung / sinusitis. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Coscinium mengandungi flavanoid yang bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Wednesday, June 18, 2008

Duduk Iftirash Dari Segi Kesihatan

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di bawah, bila kita duduk iftirash, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh.

Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, leher, kerongkong, jantung, 'voice sinus', 'pituitary glands' , etc. seperti yang ditunjuk di dalam gambarajah). Ini merugikan!!


Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercise' untuk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...


Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
'Aku melihat Nabi Muhammad SAW.. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash).'
Hadith shohih riwayat Bukhari.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul SAW adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.

Puasa Boleh Membantu Proses Rawatan Kemoterapi Kanser?


WASHINGTON (Reuters) - A few days of fasting might help protect patients from some of the unpleasant and dangerous side-effects of cancer chemotherapy, researchers reported on Tuesday.


Berpuasa beberapa hari mungkin dapat membantu melindungi pesakit dari sebahagian kesan sampingan kemoterapi kanser yang kurang enak dan merbahaya, begitu laporan oleh pakar-pakar pada hari Selasa.


They said mice given a high dose of chemotherapy after fasting thrived while half of a group of well-fed mice died, they reported in the Proceedings of the National Academy of Sciences.


Mereka berkata tikus-tikus yang diberi dos kemoterapi yang tinggi selepas berpuasa menunjukkan perkembangan baik sementara separuh dari kumpulan tikus itu yang diberi cukup makan telah mati, mereka melaporkan di dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan.


The researchers stressed that people should not try this on their own yet but said the findings might lead to a way to use chemotherapy to more effectively kill tumors while sparing healthy cells.

"The clinicians tell me that if it works everybody will do it," said Valter Longo of the University of Southern California, who led the study.

People say "they are miserable after they get the chemo and they lose weight because they don't want to eat after they get the chemo."

His lab is preparing to test the idea in humans.

Longo and colleagues first tested yeast cells, then human cells in lab dishes. They found healthy cells starved of nutrients survived the ravages of chemotherapy -- but not cancer cells.

"In theory, it opens up new treatment approaches that will allow higher doses of chemotherapy. It's a direction that's worth pursuing in clinical trials in humans," cancer researcher Pinchas Cohen of the University of California, Los Angeles, who was not involved in the study, said in a statement.

HIBERNATION MODE

Longo and colleagues said animals fed a low-calorie diet live longer, in part because their cells can
resist stress better. They also noticed that starved cells go into a kind of hibernation mode, while cancer cells form tumors because they lack an "off" position, growing uncontrollably.

Longo wondered if the starvation response might be a way to differentiate healthy cells from cancer cells. One reason chemotherapy causes side-effects is that it affects all active and growing cells -- tumors, but also hair follicles, the lining of the intestines and other cells.

"We administered an unusually high dose of etoposide (80 mg/kg) to ... mice that had been starved for 48 hours. In humans, one-third of this concentration of etoposide is considered to be a high dose and therefore in the maximum allowable range," they wrote.

The high dose killed 43 percent of the mice that were fed normally but just one starved mouse. The starved mice regained their lost weight within four days.

"They can start eating and being well right away," Longon said in a telephone interview.

They found the effect with four different chemotherapy drugs, he said.

An even higher dose killed all of the well-fed mice from a different genetic strain but none of the
starved mice, and again the mice that fasted regained their weight.

Other cancer experts said a few days of fasting would not harm most cancer patients.

"This could have applicability in maybe a majority of patients," said Dr. David Quinn of the University of Southern California.

"We have passed the stage where patients arrive at the clinic in an emaciated state. Not eating for two days is not the end of the world," agreed Felipe Sierra, director of the Biology of Aging Program at the National Institute on Aging.

By Maggie Fox, Health and Science Editor

Thursday, June 12, 2008

Eagle Eye Sponsoring



Satu teknik yang mungkin akan diperkatakan di dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) ialah menaja cara helang atau Eagle Eye Sponsoring. Teknik ini mengajar usahawan MLM amnya dan HPA khasnya untuk mengkaji sifat dan cara helang secara mendalam.

Helang seekor binatang yang agresif bermata tajam yang dapat menembusi ke dalam laut. Dengan kelebihannya itu ia dapat menangkap ikan dengan cepat. Anda boleh praktikkan kelebihan helang itu dengan bertindak lebih agresif, cuba rebut peluang sepuluh kali lebih pantas dari orang lain.

Helang juga seekor binatang yang cepat bertindak dan membuat keputusan. Kita tak boleh asyik tunggu dan kaji saja. Helang dapat terbang di awan yang tinggi, melebihi burung-burung lain. Tirulah helang. Anda juga boleh berada di puncak kejayaan sama seperti helang di kemuncak awan.

Kuku helang yang tajam ibarat cengkaman anda pada sesuatu tugas dan tanggungjawab. Cengkam downline dan pelanggan. Tajamkan penglihatan, pendengaran dan bertindak dengan pantas. Inilah konsep ala helang.

Duduk Terlalu Lama Boleh Akibatkan Lumpuh

Jika anda bekerja hanya di ruang pejabat dan menghabiskan banyak waktu duduk di hadapan komputer, anda mungkin salah seorang yang berisiko menghadapi masalah low back pain (LBP) atau sakit bawah pinggang.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan LBP. Salah satunya adalah berpunca daripada duduk terlalu lama. Jika anda terasa sakit di bawah pinggang sewaktu duduk, anda perlu berehat sebentar. Ambil masa dengan berjalan-jalan setiap 20 hingga 30 minit.

Ketika duduk anda perlu pastikan kedudukan punggung adalah lurus, bahu tegak dan menyentuh ke belakang kerusi. Bahagian lutut juga hendaklah sama ataupun sedikit lebih tinggi dari pangkal paha. Pastikan juga anda duduk di kerusi yang bersesuaian (ergonomik)

Tuesday, June 3, 2008

Langsingkan tubuh dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)

HPA baru saja mengeluarkan satu produk baru iaitu Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) yang boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :
-membantu mengurangkan risiko kanser
-merawat penyakit batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
-meningkatkan sistem imunisasi badan
-meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
-memudahkan proses bersalin
-mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
-memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
-menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
-membantu mencegah osteoporosis

Minyak Kelapa Dara (VCO) HPA dijual dalam bentuk softgel pada harga RM32 untuk para pengguna di Semenanjung Malaysia.

* Sumber info adalah nukilan dari Majalah Harmoni keluaran 15 Mei 2008.