iDevAffiliate

Wednesday, December 31, 2008

Solat Boleh Rawat Penyakit Kritikal


Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019084321/Article/index_html

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Monday, December 8, 2008

Kaedah, Tempat dan Peralatan Berbekam

(dipetik dari blog PJS Ramly Ahmad http://hamba66-ramly.blogspot.com/)

Kaedah Bekam

Kaedah yang digunakan amatlah bersih dan alatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman dimana jarum disteril dan dibuang selepas dipakai. Segala langkah keselamatan mestilah diambil untuk mengelakkan jangkitan samada kepada pembekam atau pun pesakit.

Tempat dimana pembekaman hendaklah dilakukan mestilah bersih, cukup terang dan cukup udara. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan pakaibuang.

Permukaan kulit yang hendak dibekam mesti dibersihkan dahulu dengan antiseptik sebelum dan selepas dibekam. Losyen keradangan dan herba mesti disapukan ke atas kulit yang telah dibekam untuk mencegah keradangan dan jangkitan.

Segala peralatan yang digunakan terutama yang terkena darah mesti dibasuh dengan ubat pembunuh kuman untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan ubat dan kemudian direndam di dalam air panas dan sabun selama 1 jam dan seterusnya dibilas dengan air.

Tempat Yang Tidak Boleh Dibekam

-Ke atas abdomen perempuan mengandung.
-Ke atas orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian.
-Ke atas kulit yang luka dan berpenyakit.
-Ke atas perut orang yang terlalu kenyang.
-ke atas tempat yang sama melebehi 8 kali.

Peralatan Untuk Berbekam

-Alat pencucuk dan jarum.
-Cawan dan pam penyedut.
-Sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.
-Cecair pembersih (surgical spirit)
-Kapas dan kertas tisu yang disteril.
-Bekas untuk meletak cawan bekam.
-Losyen antiseptik dan anti-radang.

Salah satu demo berbekam sewaktu Kursus Bekam anjuran HPA

Sunday, December 7, 2008

Kelebihan Spirulina


Kelebihan Spirulina (satu daripada produk herba supplemen keluaran HPA), dipetik dari nota Kuliah Intibah Tuan Haji Ismail Ahmad :

1. WARNA SPIRULINA
Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan. Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.

2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI
Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI
SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI
Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simptom menopause.
SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%. Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makannya. SPIRULINA juga mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

Saturday, December 6, 2008

Kaedah Minum Kopi Radix

Selalunya kita minum kopi ikut sedap mulut saja. Tapi sebenarnya meminum kopi Radix ada cara (untuk memaksimumkan khasiatnya, insya'allah).

1. Mula-mula tuang serbuk kopi Radix ke dalam mug/cawan. Tujuan - Tak tuang, macamana nak bancuh! :)

2. Campurkan dengan sedikit air sejuk (suhu biasa). Tujuan - mengelakkan vitamin C terurai bila dicampur air panas nanti.

3. Tuang air panas mendidih. Tujuan - membolehkan dinding selulos akar herba terurai, memudahkan pati akar diserap oleh usus.

4. Kacau dengan menggunakan sudu plastik (atau kayu!) Elakkan penggunaan sudu besi. Tujuan - mengelakkan zat besi hilang.

5. Biarkan beberapa minit (atau hingga sejuk). Tujuan - memberi masa untuk pati akar meresap keluar dari akar.

6. Selepas minum, serbuk yang tinggal dicampur dengan air sejuk (suhu biasa), dan minum semuanya. Tujuan - elak membazir kopi dan herba yang tinggal, selain memastikan air badan mencukupi selepas minum herba.

Sekian, mai secawan!

*Rujukan : http://herbapenawar.zxq.net/index.htm

Berbekam (Al Hijamah)

Apa Itu Bekam (Al Hijamah)
*rujukan : http://www.hpagombak.blogspot.com/

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid / racun yang merbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit). Toksid ini berada pada hampir setiap orang. Ia berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang mengandungi banyak zat pewarna, zat pengembang, perisa, pemanis, racun sayuran dan lain-lain.

Kebaikan Berbekam

- membantu menghilangkan pening dan migrain.
- membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

- membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar.
- mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
- membantu meringankan tubuh akibat darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit yang menyebabkan rasa berat dan malas.
- membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra'kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam."

Tuesday, December 2, 2008

Radix Koko


Satu lagi produk minuman keluaran HPA kini sedang berada di pasaran. Produk baru ini diberi nama Radix Koko. Menurut Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Ahmad, Radix Koko dijangkakan akan menjadi pesaing terdekat Milo.

Menurut Tuan Haji Ismail lagi dalam blognya (http://jawiherbshop.blogspot.com/), HPA tidak memasukkan herba dalam Radix Koko kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif pada perubahan.

Target selepas ini ialah untuk mengeluarkan Radix Mocha di mana Kopi Radix akan dicampur dengan Radix Koko. Harga pengguna Radix Koko di Semenanjung adalah RM20.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 26, 2008

Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet

Petikan dari blog Irfan Khairi : http://www.irfankhairi.com/

KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

"Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan! Boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun.

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com. Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah."

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?"

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boleh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik - ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

================
MENTOR JUTAWAN
================

Beratus-ratus pembaca akui bahawa, "Mentor Jutawan", adalah ebook
utama untuk para usahawan dan bakal usahawan dalam memberi dorongan
dan inspirasi:

http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=59f5d9f0

Mentor Jutawan kini laris di pasaran dan mendapat review yang amat
positif dari semua pihak. Dapatkan untuk anda, atau orang yang
tersayang hari ini! http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=59f5d9f0

Wednesday, November 19, 2008

Cara mengelak dari tertipu di Internet (SCAM)

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
===========================================
Oleh: Irfan Khairi (dari http://www.irfankhairi.com)

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Friday, November 14, 2008

Melamin: Dari Baja Menjadi Susu

Kisah pencemaran melamin yang bermula di China dan kemudian merebak ke negara-negara lain tentunya telah menggemparkan kita. Percaya atau tidak, kita adalah pengguna setia melamin selama ini.

Sewaktu awal penemuannya pada tahun 1830, melamin digunakan untuk menghasilkan baja tumbuh-tumbuhan oleh saintis Jerman. Kemudian penggunaannya dikembangkan lagi di dalam industri pembuatan barangan plastik seperti set pinggan mangkuk dan peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik keras.

Bayangkan saja baja yang biasa kita gunakan untuk pokok dan tanam-tanaman dalam masa yang sama dimasukkan ke dalam botol susu anak. Betapa rakusnya manusia hingga sanggup mencampurkan baja ke dalam susu bayi. Majalah 'isihat' terbitan Utusan Karya (Dis 2008) melaporkan melamin digunakan secara haram untuk dicampurkan di dalam makanan bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu. Makanan hasil tenusu yang dicampur dengan melamin akan kelihatan tinggi nilai proteinnya apabila diuji kandungan nutrisinya di makmal.

Kandungan melamin di dalam susu formula bayi di China adalah terlalu tinggi iaitu 600-2563mg/kg sedangkan yang dibenarkan hanyalah 1mg/kg. Krisis melamin kini semakin menakutkan apabila ia juga ditemui dalam berbagai produk lain seperti coklat, gula-gula, aiskrim, biskut, keju malah sayur-sayuran juga khabarnya dikesan mengandungi melamin.

Fikir-fikirkan, apa alternatif kita sebagai pengguna, khususnya pengguna Muslim yang mementingkan konsep makanan 'Halal dan Baik' (Halalan toiyyibah) ?

Wednesday, November 12, 2008

Radix Untuk Pesakit Kencing Manis?

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah? Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix .

Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api, dan Angin.

Gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%. Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin.

Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur dalam badan iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat. Sebaliknya kembalilah kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang (herba bersifat aromatik) ---> unsur api
Larak (herba bersifat astringen) ---> unsur ranah (kelat)
Tebu Gajah (herba manis) ---> unsur air
Tongkat Ali (herba pahit) ---> unsur angin

Tuesday, October 21, 2008

Melawan Chikungunya


Sewaktu pulang berhari raya di Batu Pahat Johor tempoh hari, ada banyak kes demam Chikugunya tersebar di sekitar kampung saya. Penyakit Chikugunya dibawa oleh nyamuk aedes. Satu cara mencegah penyakit ini adalah dengan membasmi nyamuk pembawa virusnya.

Selain itu, kaedah perubatan Jawi dalam melawan virus Chikugunya ialah dengan meningkatkan imuniti badan anda. Antara produk yang disarankan ialah D Det, Spirumadu, Roselle, Omega 3 dan kapsul Radix. Boleh juga diamalkan Teh Herba pegaga. InsyaAllah berkesan.

Friday, October 17, 2008

Teh Manjakani

Tengahari tadi saya ke stokis HPA di Jalan Raja Laut. Masalah terkini yang ketara adalah kurangnya bekalan Kopi Radix. Beberapa orang yang berkunjung ke situ keluar dengan perasaan hampa kerana tidak mendapat bekalan Kopi Radix. Harap masalah bekalan ini akan dapat diatasi dalam sehari dua ini.

Sementara itu HPA telah memperkenalkan beberapa produk baru. Antaranya ialah Teh Manjakani yang kandungannya terdiri dari gula, creamer, teh instant, manjakani (nama saintifiknya "quercus infectoria" dan kacip fatimah ("labisia pumilia").

Manjakani mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin di dalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh. Teh manjakani juga digunakan oleh wanita untuk mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita yang belum berkahwin.

Peringatan: Teh Manjakani HPA sesuai diminum oleh wanita dan juga lelaki.

Dalam blog Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail memberitahu "Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh,sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat selepas mengamalkan teh manjakani ialah kelangsingan tubuh (setelah 1 bulan mengamalkanya)."


Saya telah mencubanya dan rasanya memang lazat. Tak perlu tambah susu sebab dah ada creamer. Sekian. Selamat mencuba.

Thursday, October 16, 2008

Konsep Perubatan JAWI

Sebelum telah dibincangkan serba sedikit apa itu perubatan JAWI dan perbandingannya dengan perubatan moden (alopati). Satu dari ciri-ciri perubatan JAWI adalah ianya bersifat holistic atau total health management. Total health management means it improves and maintains body system against virus, pathogen and pressure.

Perubatan JAWI menggunakan herba sebagai sumber rawatan. Herba ditakrifkan sebagai segala macam bahan (tumbuh-tumbuhan, ikan, garam, batuan) yang mengandungi satu atau beberapa bahan aktif (active ingredient) yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik.

Herbalis pula merujuk pada orang yang memiliki kepakaran dan kecekapan (skill) dalam bidang perubatan atau terapi dengan menggunakan herba ubat-ubatan yang bersifat alami.

Herbalis akan berpegang pada faham herbalisme iaitu "Jadikan makanan / minuman sebagai ubatmu dan jadikan ubat sebagai makanan / minumanmu."

Wednesday, October 15, 2008

Paramaria Plus: Supplemen Untuk Wanita


Paramaria Plus merupakan makanan kesihatan terbaik untuk pemeliharaan kejelitaan wanita luar dan dalam. Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca. Ia boleh merapatkan organ rahim khususnya apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.

Produk ini juga amat sesuai untuk wanita yang mengalami gangguan edaran haid atau haid tidak teratur pusingannya, juga untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih dan kesemutan pada kaki dan tangan.

Untuk masalah keputihan, sinergi terbaik adalah dengan mengamalkan Paramaria Plus, Herba Keputihan dan H.B.
Mereka yang sering mengalami senggugut, boleh ambil Paramaria Plus, Herba Senggugut dan Herba Tuju Angin.

Kandungan herba dalam Paramaria Plus amat berkhasiat untuk :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga.

Peringatan : Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Masalah Senggugut


Petua berkaitan senggugut, tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA:

Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam Kuliah Perubatan Jawi. Bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata, ia mungkin ada hubungannya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut. Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang, si isteri didapati mengandung.

Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit kapur makan (hujung jari) yang dimasukkan dalam air teh biasa dan minum. InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah. Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan (set lelaki dan set wanita).

Set lengkap untuk masalah senggugut adalah : Paramaria Plus, Herba Senggugut dan Herba Tuju Angin.

Tuesday, October 14, 2008

Perubatan JAWI vs Perubatan Alopati

Setelah beberapa kali mendengar atau membaca berkenaan kaedah perawatan herba atau perubatan JAWI, kita mungkin ingin tahu apakah kriteria yang membezakan perubatan JAWI dengan perubatan Alopati atau perubatan moden.

Berikut disenaraikan sebahagian dari ciri-ciri perubatan JAWI dan perubatan Alopati.

Perubatan JAWI :
-dikenali sebagai perubatan Timur
-menggunakan bahan-bahan alami (semulajadi) sebagai sumber perubatan
-bersifat holistic (menyeluruh)
-membantu sistem imuniti
-bersifat 'causative treatment'.

Perubatan Alopati (Allopathic Treatment) :
-dikenali sebagai perubatan Barat
-menggunakan bahan kimia sintetik
-bersifat wholistic (partial)
-membunuh kuman
-bersifat 'symptomatic treatment'.

Monday, October 13, 2008

Perubatan JAWI

Kita semua sedia maklum, selain memperjuangkan produk-produk halal dan suci, HPA juga adalah syarikat yang mengetengahkan kaedah Perubatan Jawi kepada para ahlinya. JAWI mempunyai maksudnya tersendiri.

Huruf J membawa maksud Jejawi iaitu satu daerah di Perlis di mana perubatan ini dikembangkan. A pula adalah Alamiah, merujuk pada bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W
merujuk pada Watan atau tempatan. Perubatan JAWI ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti. I pula mewakili perkataan Ilahiah, yang meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Perubatan JAWI adalah bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Berdasarkan pada keterangan di atas, kita boleh mendifinasikan Perubatan JAWI sebagai satu seni penyembuhan (art of healing) yang didasarkan atas dua sumber iaitu :
-Sumber alamiah
-Sumber ilahiah

Perubatan JAWI menekankan kepentingan konsep Doa --> Ilmu --> Tawakal.

Tuesday, October 7, 2008

Krim Pelangsing Badan


Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan. Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

Harga pengguna : RM48.00

Thursday, September 25, 2008

Inflasi ? Stagflasi ?

Dengan berita hurricane Gustav, Hannah, Ike yang mengganas di sekitar Gulf Of Mexico US, pengumuman bahawa bank pelaburan US Lehman Brothers yang memfailkan notis bankrup menjadi satu lagi berita buruk di sana. Khabarnya Merrill Lynch juga telah diambil alih oleh Bank of America.

Di High Wycombe US, 1000 orang pekerja Lehman Brothers bakal diberhentikan. Ini akan diikuti oleh pemberhentian kira-kira 4000 orang pekerja mereka di London.

Setakat ini harga minyak dunia masih pada paras USD100, walaupun operasi syarikat gergasi minyak di sekitar Houston, Texas telah terganggu dek kehadiran taufan Gustav, Hannah dan sekarang Ike.

Ekonomi kita banyak bergantung pada US. Sedikit demi sedikit kesan sampingannya mula dirasai oleh kita di Malaysia. Lihat sahaja sekeliling kita, notis along banyak tertampal di sini sana. Manusia kian terdesak untuk menambah punca pendapatan dek bebanan kewangan yang semakin ketara. Kini pakar ekonomi bukan lagi memperkatakan tentang inflasi, tapi "stagflasi" iaitu pertumbuhan ekonomi merosot tetapi inflasi meningkat (kadar inflasi 8.5% pada bulan Ogos lalu).

Mungkinkah keadaan ekonomi semasa menjadi satu peluang bagi usahawan HPA memperkembangkan empayar perniagaan masing-masing? Tepuk dada tanya motivasi diri.

Hati-Hati Dengan Produk Tenusu

Dengan tersebarnya kes susu tercemar di China, kita patut lebih berhati-hati bila membeli produk tenusu. Melamine dicampurkan dalam produk tenusu bertujuan menyebabkan paras kandungan protein kelihatan lebih tinggi daripada keadaan sebenarnya (melamine adalah sejenis bahan yang kaya dengan nitrogen).

53,000 bayi telah dilaporkan jatuh sakit di China selepas minum susu yang tercemar dengan melamine. Melamine adalah sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan bayi mengalami batu karang dalam buah pinggang jika mengambilnya secara berterusan.

Melamine kini juga dikesan dalam produk makanan import di Hong Kong dan Singapura.

Gambar dari Berita Harian

Saturday, September 6, 2008

Garam Untuk Sinki Tersumbat


Kepada anda yang mengalami masalah sinki tersumbat, di sini ada satu petua untuk mengatasinya. Masukkan garam kasar ke dalam saluran sinki yang tersumbat, kemudian tuangkan air panas pada suhu mendidih ke dalam saluran sinki tadi. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air di sinki lancar semula.

Selamat mencuba :)

Pandan Untuk Penjagaan Rambut


Daun pandan merupakan herba warisan turun temurun yang digunakan dalam penjagaan dan kesihatan rambut. Ia boleh digunakan untuk mengharumkan rambut. Aroma semulajadi yang terdapat di dalam daun pandan bertindak mewangikan rambut di samping dapat menghilangkan tekanan kerja seharian. Daun pandan juga berguna untuk merawat masalah rambut kusut, rambut gugur, kelemumur dan untuk menghitamkan rambut (mencegah rambut dari cepat beruban).

Thursday, September 4, 2008

Rangkaian Produk Centella White


Rangkaian produk Centella White adalah berkonsepkan PENCERAHAN yang bertujuan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit, merawat dan memulih, membuang sel-sel mati dan mencerahkan kulit, menegangkan dan menganjalkan kulit.

Produk Centella White mengandungi empat herba asas iaitu Pegaga, Pinang, Pueraria dan Sepang.

Pegaga atau centella asiatica mempunyai kelebihan sebagai bahan anti peradangan kulit, anti kedutan dan anti penuaan. Pinang muda pula berkesan sebagai agen pemutihan. Pueraria Mirifica yang mengandungi phyto-estrogen juga boleh melambatkan proses penuaan. Sepang pula dapat membantu menyerikan wajah yang kusam.



Antara rangkaian produk yang terdapat dalam set kosmetik Centella White adalah :
-Brightening Cleansing Gel
-Calming Fluid
-Soothing Eye Gel
-Intensive Brightening Essence
-Light Moisture Balance
-Brightening Night Cream
-Multi-Vitamin Scrub Mask
-Body Hydrating Lotion

Tuesday, September 2, 2008

Pelawas Untuk Bulan Puasa


Kebanyakan orang biasanya akan berhadapan dengan masalah sembelit di bulan ramadan. Ini kerana kita kurang mengambil air masak di malam hari dan alpa untuk mengambil makanan yang mengandungi serat. Sebaliknya makanan yang manis-manis sahaja yang dikejar sebagai juadah berbuka puasa.

Untuk mengatasi masalah sembelit, boleh amalkan beberapa produk HPA semasa berbuka dan bersahur. Antaranya ialah Kopi Radix, Herba Tuju Angin dan Pelawas (jika sembelit di tahap kritikal). Pelawas merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit dengan mengurangkan masa transit makanan pada saluran gastro usus dan membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Jangan lupa minum banyak air masak atau air mineral bila mengambil produk herba.

Monday, September 1, 2008

The Role Of Fasting ...


The role of fasting according to Dr Jack Goldstein* :
-It gives vital organs a complete rest
-It promotes elimination of metabolic wastes
-It allows the body to adjust and normalize its biochemistry and also its secretions
-It lets the body break down and absorb swellings, deposits, diseased tissues, and abnormal growths
-It restores a youthful condition to the cells and tissues
-It increases the powers of digestion and assimilation (absorption and utilization of food into the system)
-It permits the conservation and re-routing of energy; It clears and strengthens the mind.

* From the book Triumph Over Disease By Fasting and Natural Diet.

Thursday, August 28, 2008

T.E.A.M

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau juga dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion - bilion Ringgit di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya - raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang bergerak dalam kumpulan. Kita tidak akan berjaya kalau kita melakukannya secara sendirian. Oleh itu pastikan siapa ahli-ahli di dalam kumpulan anda (siapa upline dan siapa downline) dan hubungi mereka untuk bergerak bersama-sama.

Perniagaan MLM adalah perniagaan T.E.A.M

Together
Everyone
Accomplishes
More

Kenapa Kita Gagal Dalam Jualan Langsung?

Sebenarnya kalau kita selidiki secara mendalam, kegagalan adalah suatu proses berlanjutan untuk mencapai kemenangan. Rahsianya jangan putus asa dan jangan mundur diri. Beberapa punca kegagalan dalam perniagaan MLM atau jualan langsung adalah seperti berikut:

1. Sekali cuba menaja atau mencari orang kena tolak terus kecewa. Teruskan cuba dan cuba lagi.

2. Terlalu bergantung kepada upline dan tidak berusaha sendiri.

3. Semangat tidak berterusan kerana takut dengan cabaran. Selalu berhubungan dengan upline untuk dapatkan pandangan dan motivasi.

4. Terlalu percaya tanpa bekerja keras akan berjaya. Bak kata pepatah "To succeed, you must work very, very hard in a smart way".

5. Tidak mau belajar, angkuh kononnya sudah pandai. "Great and successful persons are always learning".

Science

Science Only Tell Us
What Is Possible
Not What Is Right

Monday, August 25, 2008

Kelebihan Ayam Kita

Sumber info dari blog http://hpanilai.blogspot.com

Ayam Kita adalah produk ayam organik keluaran HPA.
Antara kelebihan Ayam Kita ialah:

* Tidak menggunakan vaksin (suntikan)
* Isinya lebih lembut dari ayam biasa
* Tidak hanyir
* Isinya manis
* Ayam Kita diternak secara tertutup dengan suasana dingin (air-condition)
* Tidak tercemar oleh udara luar
* Makanan ayam adalah dedak yang telah dicampur dengan herba khas
* Ayam Kita disembelih oleh ustaz-ustaz

Kenapa MLM?


Suatu hari, Oprah Winfrey menanyakan billionair hartanah Donald Trump, “Jika anda menjadi bankrap lagi, apa yang akan anda lakukan?” Donald menjawab ringkas, “Saya akan memulakan perniagaan MLM.” Tentu ada sebab mengapa seorang billionair yang telah lama berniaga berkata begitu. Mengapa beliau lebih memilih MLM berbanding perniagaan lain?

Sesuatu yang amat menarik untuk difikirkan.

Mengikut kajian Universiti Yale selama 30 tahun, hanya ada 5 orang sahaja yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dalam setiap 100 orang. Hanya 5 % sahaja. Dan kebenarannya ada di sekeliling kita, di depan mata kita setiap hari.

Selama 30 tahun universiti tersebut membuat kajian terhadap 100 orang pemuda yang berumur 25 tahun. Mereka baru mula bekerja dan sehinggalah mereka berumur 55 tahun, inilah keputusannya :

1 orang - Sangat kaya

4 orang - Ekonomi berdikari

5 orang - Masih bekerja

27 orang - Mati

63 orang - Bangkai bernyawa

Pada setiap 100 orang hanya ada satu orang yang sangat kaya dan 4 orang yang berdikari dari segi ekonomi (financially free). Lihat sekeliling anda, bukankah benar kajian itu? Jadi, di mana kedudukan anda berdasarkan kajian tersebut? Tidak cukupkah kemudahan dan peluang yang tersedia disekeliling anda. Jawapannya hanya satu iaitu sama ada mahu atau tidak. Itu saja.

Pasaran Herba Tempatan

Pasaran herba tempatan dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 20 peratus. Sebahagian besar nilai ini disumbangkan oleh industri kosmetik, penjagaan diri dan kesihatan. Peluang inilah yang patut direbut usahawan tempatan sekiranya mahu bersaing dengan jenama global. Malahan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke9 (RMK9) turut memberi tumpuan kepada pembangunan herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi negara.

Antara tanaman herba yang diberi tumpuan ialah tongkat ali, pegaga, misai kucing, kayu serapat, mengkudu, sireh, manjakani, halia dan limau purut. HPA sendiri telah mengeluarkan banyak produk berasaskan herba tempatan seperti Radix (akar tongkat ali), Teh Herba (pegaga), Teh Tropika (misai kucing), Paramaria Plus (kayu serapat), Lady Cheer (sireh & manjakani) dan Madulia (madu dan halia).

Terbaru, HPA akan mengeluarkan Teh Manjakani.

Teh Herba HPA misalnya dipercayai khasiatnya boleh mengurangkan kencing manis, mengeluarkan toksin dalam darah yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti penyakit sendi, batu karang dan gout.Pengamal teh herba juga yakin produk ini mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang, mengawal tahap glukosa dalam darah dan digunakan secara tradisi untuk keseimbangan tekanan darah.

Penekanan yang diberi oleh HPA terhadap kesemua produknya ialah kualiti dan status halalnya. HPA mempunyai kilang diakui bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan, dianugerahkan sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International dan kesemua produk HPA mendapat pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM.

Terbaru HPA juga telah memformulasi produk penjagaan diri untuk kegunaan jemaah haji dan umrah dengan menitikberatkan keperluan mereka terhadap produk yang halal, tanpa bahan pewangi serta bebas bahan kimia.

Wednesday, August 20, 2008

Syampu Aromaterapi


Produk mandian terkini HPA adalah Syampu Aromaterapi. Ia merupakan kombinasi antara Aloe Vera dan Peppermint yang mengimbangkan kelembapan, menyegar dan menstimulasi kulit kepala, membuatkan rambut bersih, sihat dan bersinar. Cara penggunaan, gosokkan dengan lembut pada rambut. Untuk menyejukkan kepala, biarkan selama 2-3 minit kemudian bilas. Boleh disusuli dengan Perapi Rambut Aromaterapi.

Produk Muslim dan 100% Halal ini tidak diuji pada binatang.

Kuantiti: 250 ml
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 18.

Penemuan Saintifik Rahsia Lalat


"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit."

Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Penemuan ini merangsang pakar-pakar sains untuk terus mengkaji. Seperkara yang perlu disebutkan, tidak ada sebarang laporan daripada Nabi Muhammmad yang menyuruh kita meminum air yang dimasuki lalat. Hadis ini hanya tertumpu kepada penyakit dan penawar yang ada pada lalat. Mereka yang menganggap Nabi Muhammmad adalah pengotor dan ajaran Islam tidak relevan berdasarkan hadis ini adalah daripada golongan yang tergesa-gesa. Penemuan- penemuan semasa menunjukkan kata-kata Nabi Muhammmad adalah benar dan relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini.

*Petikan tulisan Dr Danial Zainal Abidin dari buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.

Motivasi Perkembangan Diri

Berikut adalah beberapa tip dari Dr. Fadzilah Kamsah untuk amalan perkembangan diri (self development) :

Tatacara Menjaga Minda
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki kita.

Sebelum tidur, berdoa, bergantung pada apa yang kita hendak. Sepanjang tidur, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk mendapatkan semua yang kita inginkan dan insya-Allah, kita akan bekerja untuk mendapatkannya (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara makan & minum
======================

Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan malam.
Ikut sunnah dan dapat pahala; boleh rujuk pada pakar pemakanan, vitamin C yang akan diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas sarapan pagi, makan tengahari / malam adalah hampir 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan, makan tengahari dan malam).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut lebih kurang 10 saat kemudian baru telan.

Tegukan kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, dll yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja), sebab bagi anak-anak yang tengah study, otak akan berfungsi dengan baik hanya 2 jam selepas makan. Kalau makan 8:30 malam, sekitar 10:30 malam baru start study and mungkin hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (orang cina makan dalam waktu ini). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air
=================
Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit), boleh elak daripada dapat batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri; ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak
=================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak atau baby anda tidur mengiring ke kanan, sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih lapang dan lega dan mudah berdegup dan otak anak akan berkembang dengan baik.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak.

Tatacara didik diri sendiri
======================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, secara berterusan, akan menjadi tabiat. Kalau tidak diamalkan, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif. Emosi sebegitu akan membenarkan otak mengeluarkan excessive adrenaline, cortisone dan toxine yang mana boleh membawa kepada penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut dll.

Friday, August 15, 2008

Bedak Talkum


Pengedaran bedak talkum oleh HPA telah pun bermula minggu lepas.

Produk pertamanya ialah Bedak Talkum Wanita yang berharga RM 6.50 di pasaran. Menyusul selepas ini ialah Bedak Talkum Lelaki dan Anak Kecil.

HPA menjangkakan jualannya akan mencecah ratusan ribu unit dalam tempoh tiga bulan pertama, inshaAllah.

Berubat Disuruh Agama


Petikan dari Buku 'Bestseller' Dr. Danial: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden
Buku Ini Menjadi Finalis Anugerah Media Islam Nasional 2006 :


Walaupun kesemua perkara ditentukan oleh Allah, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan oleh agama. Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakal.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Adakah aku tambat binatang dan aku bertawakal ataupun aku lepaskannya dan aku bertawakal?” Jawab Rasulullah: “Tambat dan bertawakal.” (Riwayat Tirmizi)

Justeru, seseorang yang menghidap sesuatu penyakit digalakkan untuk mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir. Mengikut sebuah riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata: “Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi.

Rasulullah juga turut berikhtiar sebagai contoh dengan berbekam, sedangkan Baginda merupakan manusia yang paling bertawakal kepada Allah. Selepas seseorang berikhtiar, hendaklah dia bertawakal dan berserah kepada Allah kerana Dialah sebenarnya yang menyembuhkan segala penyakit.

Sejarah menunjukkan ketika umat Islam membina hospital khas sebagai contoh di Damascus untuk merawat pesakit-pesakit kusta atau leprosy pada abad kelapan Masihi, dunia Eropah membunuh pesakit-pesakit mereka dengan membakar mereka secara rasmi. Hal ini disebutkan di dalam Islamic Perpectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar. Ini menunjukkan umat Islam terdahulu amat mementingkan ikhtiar dan tidak mudah menyerah kepada nasib dan keadaan.

Menjauhi Yang Haram Di Dalam Pengubatan

Secara dasarnya, ubat-ubatan yang mempunyai unsur-unsur haram tidak boleh digunakan untuk berubat, kecuali di saat kecemasan. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit ubatnya. Maka berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan menggunakan benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Memastikan kehalalan sesuatu perkara sebelum mengambilnya hukumnya adalah wajib. Imam Sahl bin Abdullah berkata: “Kejayaan terletak pada tiga perkara, iaitu, mengambil makanan yang halal, menunaikan amalan yang fardu dan mengikut petunjuk Rasulullah di dalam hidup.”

Pengambilan benda yang haram akan memberi kesan kepada ibadah seseorang. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Omar ra berkata: “Apabila kamu mengerjakan solat sehingga menjadi seperti busur panah yang melengkung, dan berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, Allah tidak menerima amalan mu melainkan apabila kamu mempunyai sifat warak yang mendinding iaitu, menjauhi yang haram di dalam hidup.”

Sehubungan dengan ini, Islam mengharamkan arak dan tidak menganggapnya sebagai ubat. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit.” (Riwayat Tirmizi-Hasan Sahih)

Cara Pengubatan Yang Selamat Perlu Diutamakan

Islam menyuruh umatnya menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan, termasuk di dalam aspek pengubatan. Nabi Muhammad bersabda: “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Berpandukan hadis ini, segala bentuk pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan, sebagai contoh pemindahan organ dengan menggunakan organ binatang (xeno-transplantation), penggunaan ubat yang boleh membawa kepada kesan sampingan yang berbahaya serta pembedahan kecantikan yang berisiko tinggi, adalah dilarang.

Sehubungan dengan ini, di dalam sebuah hadis diriwayatkan: “Rasulullah melarang penggunaan ubat yang keji.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)
Dalam Misykat Al-Masabih ‘ubat yang keji’ ditafsirkan sebagai ‘bahan yang mempunyai unsur yang tidak baik seperti najis, arak, kotoran, bahan-bahan yang tercemar dan seumpamanya,’ kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Pencegahan Lebih Diutamakan Daripada Pengubatan

Dalam bidang perubatan, Islam mengutamakan ‘pencegahan daripada pengubatan’ kerana ia selari dengan sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad. Salah satu kaedah fikah yang penting di dalam ilmu Islam ialah, “menghindari kerosakan perlu diutamakan daripada mengambil kemanfaatan”. Berpandukan kaedah ini, setiap perkara yang boleh menyebabkan kerosakan serta kemudaratan diharamkan oleh Islam sejak dari awal-awal lagi.

Sebagai contoh, zina boleh mendatangkan masalah kesihatan yang kronik justeru segala perbuatan yang boleh membawa kepada zina, seperti pergaulan bebas, khalwat di antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat, diharamkan oleh agama.


Di dalam konteks yang lebih luas, Islam menyuruh umatnya berdisiplin di dalam hidup kerana ia mampu mencegah daripada pelbagai penyakit. Sebagai contoh, di dalam aspek pemakanan, Nabi Muhammad menggalakkan pemakanan makanan yang berkhasiat melalui sabda Baginda: “Sesiapa yang meminum madu di waktu pagi, tiga kali pada setiap bulan, dia tidak akan menghidap penyakit-penyakit berbahaya.” (Riwayat Ibn Majah)

Di samping itu berlebih-lebihan di dalam aspek makan minum perlu dijauhi kerana ia memberi kesan yang negatif kepada kesihatan. Baginda bersabda: “Tidak ada bekas yang lebih keji daripada perut anak Adam. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya, dan sekiranya dia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah dan An-Nasai)

Kesihatan gigi juga perlu dijaga. Nabi Muhammad bersabda, “Jika tidak menyusahkan umat ku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat isyak dan bersugi gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (Riwayat Muslim) Apabila sesuatu wabak menyerang kawasan tertentu, prosedur pencegahan perlu dilakukan agar ia tidak merebak ke kawasan lain.
Sebagai contoh, ketika khalifah Omar ibn Khattab ra merancang untuk ke kota Syam, beliau mendapat berita bahawa kota itu diserang oleh wabak taun. Selepas bermesyuarat dengan sahabat-sahabat beliau, mereka bersetuju untuk tidak ke sana sebagai langkah berjaga-jaga. (Riwayat Bukhari)

Antara formula umum yang digunakan oleh Nabi Muhammad di dalam aspek pencegahan seperti yang disebutkan oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyah di dalam At-Tib An-Nabawi ialah, “mengurus dan menjaga dengan baik di dalam aspek makan minum, pemakaian, kebersihan tempat tinggal, penjagaan udara dan persekitaran, penjagaan ketika tidur dan bangun, ketika bergerak dan duduk diam, mengurus perkahwinan, mengurus penggunaan masa lapang dan juga penggunaan masa ketika menyendiri dengan ibadah. Apabila kesemua ini dapat diseimbangkan dengan mengambil kira kekuatan badan, keadaan persekitaran, masa dan adat kebiasaan, ia sering kali dapat menghasilkan kesihatan dan kesejahteraan yang terbaik.”

Menggalakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

Di dalam aspek duniawi, umat Islam digalakkan mengkaji dan menyelidik untuk memastikan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Sebarang pendekatan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut peningkatan ilmu dan pengalaman manusia. Sehubungan dengan ini Nabi Muhammad bersabda: “Kamu lebih tahu urusan dunia kamu.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini, apabila dikaitkan dengan bidang perubatan, mengizinkan para pengamal perubatan dan ahli sains Muslim mengkaji untuk memastikan prosedur dan ubat-ubatan yang lebih sesuai untuk digunakan. Di dalam proses itu, mereka boleh belajar dan manfaatkan kemahiran yang dimiliki oleh golongan bukan Islam terutamanya di dalam usaha untuk menguasai teknologi terkini. Rasulullah pernah mengizinkan golongan kafir dari tawanan-tawanan Badar mengajar anak-anak orang Islam menulis dan membaca sebelum membebaskan mereka.

As-Syeikh Said Hawa berkata di dalam Ufuk Risalah Taklim: “Allah menjadikan alam ini untuk kepentingan manusia, justeru, setiap ilmu yang dapat menghasilkan kepentingan ini dituntut oleh agama... Hasil daripada penelitian yang menyeluruh tentang syariat Islam yang dibuat oleh Imam Ibn Qaiyim, beliau akhirnya merumuskan, ‘di mana saja terdapat kemaslahatan, di situlah wujudnya syariat Islam....’

Islam memberikan kebebasan kepada akal manusia untuk berfikir di dalam perkara yang sepatutnya difikirkan. Islam juga memberikan kebebasan kepada seseorang Muslim untuk melakukan kajian ilmiah di dalam bidang yang amat luas."

Walau bagaimanapun, setiap penyelidikan hanya diiktiraf oleh Islam apabila ia tidak terbabas daripada dasar-dasar syariat, sebagai contoh, Islam tidak mengiktiraf sebarang kajian yang bertujuan untuk menghalalkan arak dan zina.

Sebenarnya, umat Islam amat kaya dengan penyelidikan dan kajian. Sejarah menunjukkan, Ar-Razi ketika diminta untuk menentukan tempat yang terbaik untuk pembinaan sebuah hospital di Baghdad, menggantung beberapa potong daging di beberapa tempat, dan kawasan yang terpilih akhirnya ialah kawasan yang dagingnya tidak rosak dan reput.

Pada abad keempat belas, ketika wabak hawar atau plague, menyerang Eropah dan orang-orang Barat menganggap itu bala Tuhan dan hanya berserah kepada takdir, Ibn Khatib dari Granada, mengeluarkan kajiannya berhubung dengan penyakit dan jangkitan untuk dimanfaatkan.

Ar-Razi merupakan orang pertama yang mengkaji dan menulis berhubung penyakit cacar atau smallpox, dan campak atau measles. Tulisannya berhubung kedua-dua penyakit ini begitu terperinci sehingga tidak ada tokok tambah dan pembetulan yang perlu dilakukan hingga ke hari ini. Beliau juga merupakan orang pertama yang menggunakan alkohol sebagai bahan antiseptik dan benang sutera untuk menjahit luka. Semua ini menunjukkan umat Islam terdahulu amat ke depan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan sains.

Blog Dr Danial Zainal Abidin boleh dilawati di: http://mindasuper.com/

Thursday, August 7, 2008

Anugerah "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008"


Mungkin ada yang belum tahu, HPA telah memenangi salah satu anugerah tahunan dari FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).

Anugerah tersebut adalah bagi kategori "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008". HPA menerima anugerah tersebut kerana kejayaannya mewujudkan satu rangkaian perniagaan produk pertanian sesuai dengan tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2008 iaitu "Pertanian adalah Peniagaan".

Anugerah "Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008" akan disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Ogos 2008 sempena dengan ekspo pertanian MAHA yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Mardi Serdang). MAHA 2008 akan berlangsung dari 11 - 23 Ogos.

Tahniah HPA!