iDevAffiliate

Wednesday, May 11, 2011

Perubatan Homeopati


Perubatan homeopati diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann sekitar abad ke 18 di Jerman. Ia kemuadian berkembang ke seluruh Eropah sebelum diperkenalkan oleh pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an di Singapura. Dr. Burhanuddeen Helmi, antara tokoh politik terkenal di Tanah Melayu adalah antara yang merawat pesakit menggunakan kaedah homeopati.

Homeopati dikatakan adalah proses merawat sesuatu penyakit dengan menggunakan punca atau penyebab penyakit tersebut sebagai penawarnya. Contohnya kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin, mata dan hidung berair. Oleh itu, bawang merah digunakan dan diambil tenaganya sebagai penawar atau remedi yang mujarab bagi masalah selesema, mata dan hidung berair.

Kesimpulannya, segala bahan dan penyebab penyakit apabila tenaga bahan dan penyebab penyakit tersebut diambil, maka ia akan menjadi penawar. Mungkin kita ada mendengar dari pepatah Melayu yang mengatakan bisa ular boleh menjadi penawar kepada orang yang terkena bisa ular.

Prinsip homeopati adalah:
1. Semua penyakit ada ubatnya.
2. Penyakit yang berpunca daripada keracunan, penyelesaiannya ialah dengan berubat dengan menggunakan tenaga "racun" yang serupa.
3. Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi.
4. Pengilangan ubat-ubat homeopathy berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah tersebut.

Remedi homeopati
Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopatihy berasal daripada pelbagai punca seperti:
1. Alam tumbuhan - sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan.
2. Alam haiwan - racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa
3. Alam kimia - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.

Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan dengan izin Allah S.W.T. Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindakbalas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan. Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.