Selamat meneroka dunia pemakanan tambahan atau supplement (suplemen). Blog ini memapar artikel-artikel berkenaan Vitamin, Suplemen dan makanan tambahan bernutrisi yang terdapat di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kepelbagaian fungsi suplemen dan vitamin tersebut juga perlu diketahui untuk memperbaiki tahap kesihatan insan. Di samping itu anda juga akan dihidangkan dengan artikel-artikel lain berkenaan healthcare, home care, kecantikan dan sebagainya..
Sunday, November 30, 2014
Kopi Radix Kacip Fatimah, Habbatus sauda & Halia
Wednesday, November 5, 2014
Jangan masuk perangkap Skim Cepat Kaya
Dalam keghairahan kita untuk mencari alternatif menambahkan sumber pendapatan isi rumah, janganlah kita mudah terjebak dengan perangkap skim cepat kaya.
Khabarnya Zhang Jian yang pernah meletakkan billboard mendakwa bakal orang terkaya di dunia kini ditahan di Thailand atas dakwaan melakukan penipuan. Dia juga dikehendaki pihak berkuasa China dan Malaysia.
Thursday, October 30, 2014
Hisap gam lebih teruk dari hisap dadah?
Dikatakan kesan hidu gam adalah lebih teruk dari menghisap dadah. Penghidu gam berdepan dengan risiko penyakit mental selain beberapa penyakit kronik lain sakit jantung, kanser hati dan kerosakan buah pinggang.
Dah lama artikel Berita Harian ni ditulis. Tahun 2020 ni pun masih ramai yang terjebak aktiviti hisap gam.
Tuesday, October 28, 2014
Hati-hati wabak ebola
Wabak ebola yang bermula di sebahagian negara Afrika kini mula menular ke Eropah dan Amerika. Dan seluruh dunia kini mula berjaga-jaga untuk menghadapi wabak penyakit ebola ini. Dikatakan sehingga kini penyakit ebola ini masih belum ada penawarnya. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sendiri agar tidak mudah dihinggapi sebarang penyakit.
Friday, October 10, 2014
Friday, October 3, 2014
Kisah Dua Puluh Sen (Minyak naik harga lagi)
Teorinya mudah. Sama ada kita kurangkan belanja, atau tambah pendapatan sampingan.
Satu cara menambah pendapatan sampingan adalah dengan menyertai program berbentuk 'referral'.
Apa itu program referral? Anda boleh dapatkan info lanjut di sini.
Monday, September 29, 2014
Cerita Taman Rimba Kenong
Kosmo 28 September 2014
Kita sering dimomokkan di akhbar perdana dan kaca tv yang kita sering merasa bertuah dapat menetap di sebuah negara yang dilimpahi hutan hujan tropika yang usianya mencecah jutaan tahun.
Tapi sedarkah kita yang kawasan hutan kita semakin hari semakin mengecil dek tangan-tangan manusia yang tamak haloba?
Tak ramai yang tahu apa kan jadi beberapa tahun akan datang bila banyak kawasan hutan digondolkan oleh tokey-tokey balak, emas dan mungkin juga ladang kelapa sawit.
Kita mungkin akan hanya mampu bercerita tentang herba tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah, hempedu bumi, temulawak, dukung anak tanpa dapat melihat kewujudannya di kawasan hutan.
Thursday, September 25, 2014
Khasiat Daun Pandan
Pandanus amaryllifolius
Dipetik dari Bernama Radio24
Khasiat Daun Pandan
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
4. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
5. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)