Untuk warga tua yang sering mengalami keletihan yang disebabkan oleh kekurangan nutrien, dicadangkan mengambil kapsul spirulina sebagai makanan tambahan (supplemen). Warga tua kerap mengalami masalah sistem penghadaman yang sensitif dan memberi kesan pada penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil.
Spirulina merupakan tumbuhan alga berwarna hijau kebiruan yang kaya dengan pelbagai nutrien bermanfaat untuk tubuh. Spirulina membekalkan protein yang tinggi, zat besi, kalsium, magnesium, vitamin B dan pigmen tumbuhan seperti klorofil, karotenoid dan fikosianin. Protein yang tinggi penting untuk bekalan tenaga dan membantu melegakan keletihan.
Satu lagi kebaikan atau kelebihan spirulina ialah ia mempunyai dinding sel yang lembut. Ini memudahkannya untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh yang bersesuaian dengan warga tua, berbanding dengan protein daripada haiwan. Spirulina juga ideal untuk pemakanan harian kerana tidak mengandungi kolesterol.
Kandungan klorofil yang tinggi juga boleh bertindak sebagai agen pembersih yang mungkin bermanfaat bagi mereka yang cenderung mengalami sembelit sebagaimana lazimnya berlaku pada warga emas. Memang unik tumbuhan herba yang satu ini. Pengambilan spirulina organik seperti keluaran HPA patut jadi pilihan bagi mereka yang pentingkan kualiti, selain bebas daripada baja kimia dan racun serangga. Spirulina keluaran HPA berbentuk kapsul adalah untuk kepelbagaian penggunaan.
No comments:
Post a Comment