iDevAffiliate
Showing posts with label produk herba. Show all posts
Showing posts with label produk herba. Show all posts

Thursday, July 31, 2008

Shark Cartilage untuk keracunan buah-buahan (juga kanser!)

Pada waktu musim buah-buahan, mungkin kita akan mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis.

Petua dari Pengarah Urusan HPA (Tuan Haji Ismail Ahmad) ialah dengan mengambil herba Shark Cartilage jika kita mengalami keracunan makanan atau buah-buahan. Shark Cartilage juga adalah produk herba antikanser yang menggunakan rawan ikan yu untuk rawatan kanser usus, hati, paru-paru, payudara, prostat, ovari dan tumor di kepala.


Kesan biasa dari pengambilannya ialah pesakit akan mendapati badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Dalam perubatan herba, ini dipanggil DOC (Direction of Cure - kesan awal penyembuhan) dan pesakit perlu teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Saturday, June 21, 2008

Coscinium Plus sebagai sntibiotik

Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail dalam blognya (jawimedherb) menyarankan penggunaan Coscinium Plus dalam dunia rawatan herba sebagai antibiotik.

Coscinumm Blumeanum adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung / sinusitis. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Coscinium mengandungi flavanoid yang bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Monday, May 19, 2008

Beli Dan Guna Dulu!

Tip untuk ahli-ahli baru HPA : beli dan guna produk-produk HPA sebelum anda cuba menjualnya pada orang lain.

Dengan mencubanya sendiri, anda ada 'first-hand experience of the product'.
Dan itu tentunya akan lebih meyakinkan (convincing) bila anda menceritakannya pada orang lain; berbanding dengan mereka yang cuba mempromosi produk HPA hanya dengan pembacaan (dan hafalan) dari brochure.

Semoga berjaya!

"Produk Halal Tanggungjwab Bersama"