Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di bawah, bila kita duduk iftirash, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh.
Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, leher, kerongkong, jantung, 'voice sinus', 'pituitary glands' , etc. seperti yang ditunjuk di dalam gambarajah). Ini merugikan!!
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercise' untuk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
'Aku melihat Nabi Muhammad SAW.. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash).'
Hadith shohih riwayat Bukhari.
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul SAW adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
Selamat beramal dan menyampaikannya.
2 comments:
subhanallah..luarbiasa ciptaan Allah! artikel yg sungguh bermakna..boleh ke saya berkongsi dgn rakan seperjuangan yg lain..barakallah
salam...silakan,
ilmu memang untuk dikongsi bersama.
Post a Comment