Minda separa sedar adalah minda kreatif dan merupakan tempat di mana terletaknya emosi. Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar tetap mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.
Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuh serta menghalang penyakit. Menurut kajian yang dijalankan di negara-negara maju, mereka yang berjaya di dalam kehidupan adalah golongan yang mahir menggunakan keupayaan minda bawah sedar (subconscious mind).
Jadi gunakanlah minda separa sedar anda untuk mencapai segala yang anda impikan dalam hidup. Ingin bebas dari hutang, berjaya dalam kerjaya, punya pendapatan berkali-kali ganda dari gaji sekarang, berjaya dalam perniagaan MLM, dapat melancong bersama keluarga ke luar negara setiap tahun ... semuanya anda boleh programkan ke minda separa sedar anda.
Ada banyak buku di pasaran yang menceritakan rahsia kehebatan minda separa sedar atau subconscious mind. Antara yang dibahaskan adalah beberapa teknik menguasai minda seperti teknik percakapan diri atau self talk, teknik meditasi, teknik telepati dan teknik magnetisme.
No comments:
Post a Comment