Selamat meneroka dunia pemakanan tambahan atau supplement (suplemen). Blog ini memapar artikel-artikel berkenaan Vitamin, Suplemen dan makanan tambahan bernutrisi yang terdapat di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kepelbagaian fungsi suplemen dan vitamin tersebut juga perlu diketahui untuk memperbaiki tahap kesihatan insan. Di samping itu anda juga akan dihidangkan dengan artikel-artikel lain berkenaan healthcare, home care, kecantikan dan sebagainya..
Thursday, July 17, 2008
Tip Menghadapi 'Rejection' Dalam Perniagaan MLM
Dalam menjalankan perniagaan MLM ini, kita pastinya akan berhadapan dengan prospek atau pelanggan yang menolak ajakan kita atau produk jualan kita.
Bagaimanakah caranya kita menghadapi penolakan atau 'rejection' ini?
Kita perlu bertindak seperti seorang doktor di waktu peperangan.
Sewaktu peperangan, askar yang tercedera terlalu ramai dan doktor perlu selamatkan seramai mungkin pesakit. Oleh sebab itu, doktor akan memeriksa setiap pesakit dan pastikan sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Sekirannya boleh diselamatkan lagi maka pesakit itu perlu diselamatkan 100%. Dan sekiranya tidak dapat diselamatkan, maka ...NEXT!
Kalau tak boleh selamatkan, NEXT!
Oleh itu, sekiranya kita menghadapi banyak 'rejection', itu tandanya kita sudah dekat pada prospek yang mahukan produk kita itu. Kalau sepuluh prospek yang anda jumpa tidak mahukan produk anda, mungkin prospek yang ke-12 atau ke-13 mahukan produk anda.
Itulah salah satu tip yang diajarkan oleh Dato' Dr Azman Ching, seorang jutawan MLM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam..
Tips yang berguna...apa apa pun kesabaran tu sangat penting dalam apa jua usaha yang kita jalankan.
Salam mezain,
Setuju dengan anda.
Usaha dan kesabaran tu amat penting.
Satu lagi fokus.
Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak singgah melayang :)
Post a Comment