Kisah pencemaran melamin yang bermula di China dan kemudian merebak ke negara-negara lain tentunya telah menggemparkan kita. Percaya atau tidak, kita adalah pengguna setia melamin selama ini.
Sewaktu awal penemuannya pada tahun 1830, melamin digunakan untuk menghasilkan baja tumbuh-tumbuhan oleh saintis Jerman. Kemudian penggunaannya dikembangkan lagi di dalam industri pembuatan barangan plastik seperti set pinggan mangkuk dan peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik keras.
Bayangkan saja baja yang biasa kita gunakan untuk pokok dan tanam-tanaman dalam masa yang sama dimasukkan ke dalam botol susu anak. Betapa rakusnya manusia hingga sanggup mencampurkan baja ke dalam susu bayi. Majalah 'isihat' terbitan Utusan Karya (Dis 2008) melaporkan melamin digunakan secara haram untuk dicampurkan di dalam makanan bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu. Makanan hasil tenusu yang dicampur dengan melamin akan kelihatan tinggi nilai proteinnya apabila diuji kandungan nutrisinya di makmal.
Kandungan melamin di dalam susu formula bayi di China adalah terlalu tinggi iaitu 600-2563mg/kg sedangkan yang dibenarkan hanyalah 1mg/kg. Krisis melamin kini semakin menakutkan apabila ia juga ditemui dalam berbagai produk lain seperti coklat, gula-gula, aiskrim, biskut, keju malah sayur-sayuran juga khabarnya dikesan mengandungi melamin.
Fikir-fikirkan, apa alternatif kita sebagai pengguna, khususnya pengguna Muslim yang mementingkan konsep makanan 'Halal dan Baik' (Halalan toiyyibah) ?
No comments:
Post a Comment