Kalau nak berjaya, satu-satunya perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah tukar cara kita berfikir. Sebagai contoh, kita mahu menyertai sesuatu kursus, bengkel atau seminar, katakan yurannya adalah RM1,800.00.
Bagi sesetengah atau kebanyakan orang, reaksi mereka adalah seperti berikut:
“Saya tak mampu la..”, “Saya tak ada modal”, “Sorry la, tak ada duit nak join”, “mahalnya!!!”.
Maaf kalau saya katakan, kata-kata sebegitu boleh melambangkan atau memberi makna yang mendalam terhadap siapa dan jenis apa pemikiran kita. Ya, ia satu bentuk pemikiran tahap rendah. Pemikiran atau mindset sebegitulah yang membuatkan kita amat sukar untuk berjaya. Ia umpama satu blok yang menghalang kita untuk terus mara ke hadapan.
Sebaliknya, orang-orang yang mudah berjaya, hanya salah satu daripada dua reaksi berikut sahaja yang akan mereka lakukan:
1. Mereka berdiam diri tanpa melatah. Kalau mereka tidak mampu mereka tidak akan berfikiran negatif atau mereka akan mencari alternatif lain.
ATAU
2. Mereka akan berkata begini kepada diri mereka sendiri: “bagaimana aku boleh dapatkan modal RM1800.00 untuk menyertai kursus tersebut?“.
Orang-orang yang berfikiran tinggi melihat hasil (results) berbanding melihat apa yang dilabur atau dikeluarkan. Bagi mereka, jika bayar RM1,800.00 iaitu yuran yang mahal tetapi jika hasil yang diperolehi selepas mempraktikkan apa yang mereka belajar boleh memberikan keuntungan besar berlipat kali ganda, maka bagi mereka “why not?”.
Sebaliknya orang-orang yang berfikiran pendek dan aras rendah, mereka asyik melihat kos yang perlu mereka keluarkan. Orang-orang yang lemah sebaik sahaja mendengar jumlah kos yang perlu dibayar yang tinggi, mereka akan segera berputus-asa. Sebaliknya orang yang berjaya, mereka tetap tersenyum dan berfikiran positif.
Begitulah kita lihat, ramai orang yang asyik memberi alasan demi alasan. Untuk keluarkan beberapa puluh ringgit pun begitu berkira-kira. Padahal pelaburan mereka itu adalah untuk jangka masa panjang.
Kesimpulannya, jika mahu berjaya, tukarlah cara kita berfikir. Jika selama ini kita asyik kata tak boleh, tak dapat, tak mampu, sekarang kita tukarkan kepada mindset “apa yang perlu aku lakukan”, “how I can afford it?”, “bagaimana nak dapatkan duit sebanyak tu?”.
Persoalannya di sini, kita termasuk golongan yang mana? Golongan yang berfikiran aras rendah atau golongan yang berfikiran tinggi? Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.
Artikel ini dipetik dari http://blog.smartusaha.com
*Nota: Kalau rakan-rakan HPA sekalian nak berjaya dalam bisnes HPA, sertailah kursus PBC yang yurannya hanya RM 180 sahaja. Kemudian ajak pula downline2 anda sertainya di bulan berikutnya. Dalam MLM, anda akan berjaya jika anda menjayakan downline anda.
No comments:
Post a Comment