iDevAffiliate

Sunday, December 18, 2011

Kemunting, misai kucing rawat barah

Herba misai kucing untuk merawat barah.
Sumber artikel dari Berita Minggu Ahad , 18 Disember 2011.

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.
Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.

“Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.
“Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini.

“Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.

No comments: