Pengalaman masuk hutan, berkawan dengan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yang memang askar, banyak benda yang saya belajar...iaitu,
1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya di Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau... ala-ala benda yg pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat...ikut je laluan ni di waktu malam, insyaAllah...tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut...stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan - belajar dari orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yang sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, 'in fact' dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang...dan hayunkan kat kera tu...baru lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dari askar.
4. Harimau. Kalau memancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap...terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis...'confirm' harimau...hehehe...apa lagi, bagi letup satu mercun bola la - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecik tu, sekerat pinggang dengan dada kaler oren), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari - belajar dari orang asli.
6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat di bahagian / kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu - belajar dengan kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh 'for sure' ada buih). Maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas tu, akan ada daun basah hanyut, 'then' barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat dari biasa, dari kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yang tengah-tengah - belajar dengan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera dll buat bising...tentu ada binatang besar tengah lalu - belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang - ni belajar ngan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari - belajar dr pengalaman.
12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yang tak kena - orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurang 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar-besar.
3. Tentukan laluan / denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. Kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok-pokok kecil tu, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.
5. Dah 'ready', baru tabur karbaid 'color' kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dalam nyalaan unggun api tu, 'standby' dengan beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau...binatang tak takut. Api? 'confirm' depa lari.
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot-kot binatang datang (beruang terutamanya) ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Kredit: Harry Lord
Share from page : aura banding royale belum.
No comments:
Post a Comment