iDevAffiliate
Showing posts with label Produk Makanan. Show all posts
Showing posts with label Produk Makanan. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Kopi Radix Diet

Jika anda ada penyakit berkaitan kencing manis, anda perlu elakkan gula dalam diet produk makanan anda. Untuk penggemar kopi, anda boleh cuba Kopi Radix Diet.
Kopi Radix Diet ini rasanya agak pahit kerana ia menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Kopi Radix Diet ini khusus untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kadar gula tinggi dalam darah (diabetis), gout, tekanan darah tidak normal, gastrik dan obesiti. 

Kopi Radix Diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk kaum Adam dan ia juga boleh digunakan untuk masalah lelaki. Untuk kurangkan kepahitannya, Kopi Radix Diet boleh diambil bersama madu lebah. 
Ingat! Jangan sekali-kali memasukkan gula biasa (gula putih) kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar Kopi Radix Diet.
Selamat mencuba :)

Tuesday, September 15, 2015

Khasiat Pisang


Anda dah makan pisang hari ini? Kalau belum lagi, bolehlah ke kedai membelinya.

Kenapa kita disarankan makan pisang/banana setiap hari?

Antara kelebihan pisang adalah:
-menurunkan tekanan darah.
-menambah tenaga.
-mengawal berat badan.
-melegakan kejang otot.
-sebagai pelawas.
-sebagai makanan persediaan bersukan.
-melawan tekanan.
-anti oksidan.
-menurunkan risiko asma.
-ejen anti penuaan.
-antikanser kerana tinggi kalsium.
-tinggi potassium dapat mengelak serangan jantung.
-mengurangkan rasa loya untuk wanita mengandung.

Bagaimana, masih ragu-ragu untuk mengamalkan diet pisang? :)
Masukkan pisang dalam senarai produk makanan harian anda.

Friday, March 5, 2010

Kacang Tumbuk Istimewa

Siapa suka makan kacang tumbuk? Rasanya ramai penggemar kacang tumbuk di kalangan kita. Kacang tumbuklah antara 'jajan' paling popular waktu zaman kita kecik-kecik dulu. Dulu-dulu rasanya sebiji dapat 10 sen. Sekarang ni tak dapatlah ye. Kacang tumbuk dulu-dulu tu dia bungkus guna kertas minyak dan bahagian luar kacang tumbuk tu agak keras sikit.

Tuan Haji Ismail ada menyentuh berkenaan Kacang Tumbuk Istimewa keluaran HPA sewaktu menyampaikan kuliah perubatan JAWI 22hb Februari yang lalu di Hotel De Palma Ampang. Sesetengah orang menanyakannya kenapa kacang tumbuk HPA tidak keras dan mudah pecah. Sebenarnya kacang tumbuk menjadi agak keras disebabkan penggunaan lemak haiwan. Jadi, fikir-fikirlah sendiri lemak haiwan apa yang mungkin diguna.

Kacang Tumbuk Istimewa HPA tidak menggunakan lemak haiwan dan ia akan mudah pecah bila dipegang.

Saturday, May 23, 2009

Makan Ais Krim Lagi... :))

Biasa la.. dah musim panas, apa lagi.. makan ais krim je.
Kali ini perisa vanilla pulak... yummy yummy :))

HPA kini mengeluarkan aiskrim dengan empat perisa : Radix kopi, Radix koko, jagung dan vanilla. Ia boleh dibeli sama ada dalam kuantiti 500ml atau 1.5L

Monday, May 11, 2009

Aiskrim Perisa Kopi Radix! Yummy!

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya menikmati buat kali yang pertama ais krim keluaran syarikat HPA. Untuk pembelian pertama, saya mencuba ais krim perisa kopi radix. Alhamdulillah, memang sedap! Tahniah HPA! Esok saya cari ais krim perisa koko, vanilla atau jagung pulak :)

Inilah makanan tengahari saya hari ini :)

Monday, May 5, 2008

Kelebihan buah kurma

Selain Kopi Radix, HPA juga ada memasarkan produk-produk makanan kesihatan untuk para pengguna.
Antaranya ialah kurma mariami, yang dibawa khas dari Iran.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka dapatkanlah produk berasaskan kurma (buah atau kordial) dimana-mana stokis HPA yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada ibu serta bayi yg sedang dikandung...juga kepada yang bukan ibu atau bayi :)