iDevAffiliate

Thursday, January 28, 2010

Fakta Kanser (Bhgn II)


9. Kemoterapi dan radiasi akan menyebabkan mutasi sel kanser dan menjadi kebal dan sukar dihapuskan. Pembedahan pula akan menyebabkan sel kanser merebak ke bahagian badan yang lain.

10. Kaedah berkesan melawan kanser ialah membunuhnya dengan tidak memberi makanan kepada sel kanser yang diperlukan untuk membiak dan membesar:

a. gula adalah makan kegemaran sel kanser. Dengan menyah gula maka sel kanser akan kekurangan bekalan makanan. Gula tiruan seperti NutraSweet, Equal, Palsweet, dan sebagainya diperbuat dari Aspartame yang sangat merbahaya. Gantian manisan yang lebih baik ialah seperti stevia dan madu lebah atau molass tetapi sedikit sahaja. Garam putih pukla ada kimia yang dicampurkan untuk membuat ia putih. Garam yang lebih baik ialah garam laut yang berwarna kelabu.

b. Susu menyebabkan badan mengeluarkan mukus, terutamnya di dalam trek gastri-intestin. Kanser sel makan mukus.

c. Sel kanser hidup dalam persekitaran asidik. Diet berasaskan daging adalah asidik dan daging juga mengandungi antibiotik haiwan, hormon tumbesaran dan parasit, yang juga bahaya terutama kepda pesakit kanser.

d. Diet yang mengadungi 80% sayuran segar dan juz, bijiran poenuh, bijian, kekacang dan buahan membantu badan menjadi alkalin. Lebih kurang 20% bolehdimasakkan. Jus sayuran segar menghasilkan enzim hidup yang diserap dan tiba sehingga ke paras sel dalam masa 15 minit sebagai makanan sel sihat. Bagi mendapatkan enzim hidup untuk membina sel siaht cuba minum jus sayuran (termasuk taugeh) and makan sayuran mentah 2 atau 3 kali sehari. Enzim akan termusnah pada suhu 104 darjah F atu 40 darjah C.

e. Elak kopi, teh dan cokolat, yang tinggi kafein. Teh hijau adalah laternatif yang lebih baik dan mempunyai sifat lawan kanser. Air pula terbaik ialah minum air tapisan untuk mengelak toksin dan logam berat dalam air pili. Air distil adalah asidik perlu dielakkan.

11. Protein daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim hadaman. Daging yang tidak terhadam yang tersangkut dalam intestin menjadi putrefied dan meningkatkan toksin.

12. sel kanser mempunyai kulit protein tegar. Dengan tidak makan daging, ia membebaskan lebih banyak enzim untuk menyerang kulit protein sel kanser dan membenarkan sel pembunuh menghancurkan sel kanser.

13. Beberapa suplemen meningkatkan sistem imun (IP6, Essiac, antioksiden, vitamin, mineral dan sebagainya) untuk menggalakkan sel pembuhuh dari badan sendiri untuk menghapuskan sel kanser. Suplemen lain seperti vitamin E diketahui menyebabkan apoptosis, atau kematian sel teratur, kaedah normal badan menyahkan sel rosak, atau sel yang tidak diperlukan lagi.

14. Kanser adalah penyakit minda, badan dan kerohanian. sikap proaktif dan semangat positif akan membantu wira kanser untuk terus hidup. Perasaan marah, tidak pemaaf dan mendendam akan meletakkan badan dalam keadaan stress tinggi dan persekitaran asidik. Didik diri agar lebih penyayang dan pemaaf. belajar bersantai dan enjoy life.

15. Sel kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran beroksigen. Senaman harian , dan penafasan panjang membantu lebih oksigen sehingga ke paras sel.

16. Vitamin D banyak membantu memusnahkan sel kanser, oleh itu selain diet yang baik, berjemurlah pada sinaran matahari pagi selama 5 minit sehari.

Thursday, January 14, 2010

Fakta Kanser (Bhgn I)


Kesihatan atau sakit seseorang akan bergantung juga pada faktor pemakanan. Zaman moden ini dengan berbagai peralatan buatan seperti plastik, melamin, microwave, dan berbagai lagi merupakan penyebab penyakit termasuk kanser, kerana ia bukan dari sumber alami. Badan kita dijadikan Allah swt memerlukan makanan alami untuk hidup dan tenaga serta tumbersaran. Tumbuhan sekeliling memang banyak khasiat dan juga merupakan penawar jika kita mengalami sakit.

Berikut adalah beberapa fakta tentang kanser:

1. Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta. Apabila doktor memberitahu pesakit tidak ada lagi sel kanser dalam badan setelah menjalani rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel kanser kerana mereka belum lagi membesar hingga ke saiz yang dapat dikesan.

2. Apabila sistem imun seseorang kuat sel kanser akan terbunuh atau dilarang daripada membiak dan membentuk tumor.

3. Apabila mengalami sakit kanser menunjukkan kekurangan nutrisi berbagai. Ini mungkin disebabkan oleh keturunan, persikitaran, makanan atau faktor cara hidup.

4. Untuk mengatasi kekurangan nutrisi berbagai, menukar diet dan menambahkan suplemen akan menguatkan sistem imun.

5. Kemoterapi ialah proses yang meracun sel kanser pantas-tumbuh dan juga memusnahkan sel sihat bersifat pantas-tumbuh di dalam sumsum tulang, trek gastro-intestin, dan boleh menyebabkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan sebagainya.

6. Radiasi pula memusnahkan sel kanser tetapi juga membakar, merosak sel sihat, tisu sihat dan organ sihat.

7. Rawatan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor. Jika dilanjutkan tempoh penggunaan kemoterapi dan radiasi tidak akan ada hasil memusnahkan lagi tumor.

8. Apabila badan telah banyak dimasuki beban toksik dari kemoterapi dan radiasi , sistem imun akan mengalah atau dimusnahkan, maka pesakit akan didedah jangkitan berbagai infeksi dan komplikasi.

Tuesday, December 22, 2009

Kopi Dan Teh Kurangi Risiko Diabetes


Kebiasaan meminum kopi dan teh ternyata dapat mengurangi risiko berkembangnya penyakit diabetes. Risiko penyakit ini diketahui dapat menurun hingga satu perlima.

Berdasarkan penelitian sekelompok peneliti dari The George Institute for International Health di Universitas Sydney, disebutkan orang-orang yang meminum kopi dan teh memiliki perlindungan dalam melawan penyakit yang sering disebabkan oleh kelebihan berat badan ini.

Orang-orang yang mengkonsumsi 3-4 cawan kopi sehari, 25% berisiko lebih rendah diserang penyakit Diabetes Type 2 dibandingkan dengan mereka yang hanya mengkonsumsi 1-2 cawan kopi/hari atau bahkan yang tidak pernah sama sekali.

Efek yang sama juga berlaku bagi penikmat teh yang mengkonsumsi 3-4 cawan setiap hari. Risiko penyakit ini diketahui dapat menurun hingga satu perlima.

Diduga kandungan yang terdapat dalam kopi dan teh, seperti magnesium, lignan, dan asam klorogenik turut berperanan dalam pengurangan risiko penyakit ini. Zat-zat itu diduga baik bagi peredaran gula darah dan pengeluaran insulin.

Penelitian yang dilakukan dengan menganalisa 18 hasil studi dan melibatkan total responden sekitar 450.000 orang ini telah dipublikasikan dalam jurnal Archieves of Internal Medicine.

"Ada bukti yang kuat bahwa mengkonsumsi kopi, termasuk kopi yang kafeinnya sudah dihilangkan (decaffeinated coffee) dan teh, secara terpisah terkait dengan penurunan risiko terkena diabetes type 2. Identifikasi komponen-komponen aktif dari minuman-minuman ini akan membuka jalan bagi terapi baru dalam mencegah penyakit diabetes melitus. Ini akan dijadikan pertimbangan di mana kami akan menganjurkan para pesakit yang paling berisiko menderita diabetes melitus untuk meningkatkan konsumsi teh dan kopi di samping juga meningkatkan aktiviti fizikal dan penurunan berat badan," jelas Rachel Huxley, peneliti dari The George Institute for International Health di University Sydney.

Monday, August 31, 2009

Spirulina untuk Puasa


Menurut Dr. Christopher Hill, pengarang buku The Secret of Spirulina, Spirulina adalah herba yang amat bermanfaat untuk mereka yang berpuasa dan sedang berdiet. Ini kerana Spirulina sangat praktikal untuk sebarang rancangan pemakanan, memandangkan ia mudah dihadam, tinggi tenaga, rendah kalori dan tanpa kolesterol serta tidak membebankan sistem penghadaman.

Spirulina terkenal kerana kandungan proteinnya yang tinggi, iaitu sekitar 65 hingga 70 peratus dalam keseimbangan yang ideal. Selain itu, ia mengandungi nutrien seperti zink, mangan, selenium, vitamin E, vitamin B, beta karotena serta asid gama linolenik.Pengambilan makanan yang terhad seperti semasa berpuasa mungkin memerlukan kita menambahkan nutrien-nutrien penting untuk menyokong keperluan tubuh dan minda.

Klorofil spirulina yang tinggi bersifat membersih serta membantu merangsang penyingkiran toksik dan bahan kumuh, sesuai untuk mereka yang berdiet.Spirulina yang padat dengan nutrien dan mudah dihadam sesuai untuk mereka yang bermasalah dengan penghadaman kurang sempurna.

Terdapat banyak cara untuk anda menikmati kebaikan spirulina, selain menelan kapsul sprulina semata-mata.Serbuk yang boleh diambil dari kapsul spirulina boleh dicampurkan bersama dengan hidangan juadah berbuka puasa mahupun sahur.Ia sesuai untuk diadun bersama jus buah, kerabu kegemaran keluarga, pasta dan pelbagai salad dan sandwic untuk hidangan lebih ringan dan kaya khasiat.

Menu-menu ini boleh diolah untuk disesuaikan dengan cita rasa anak-anak yang cerewet memilih makanan untuk bekalan nutrien tambahan.Pengambil vitamin B kompleks tambahan yang dikenali sebagai vitamin untuk tenaga yang penting metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk penghasilan tenaga semasa berpuasa juga boleh ditambah bersama spirulina.

Sunday, August 23, 2009

1.4% Daripada 2,000 Hotel Ada Sijil Halal


Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.

Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.

Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.

“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.

Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Sumber: Utusan online

Tuesday, August 18, 2009

Gula...Gula...Gula (Part II)

Ramadan bakal tiba. Maka cerita yang sama pun akan kedengaran lagi: isu kekurangan bekalan gula. Nampak masyarakat Malaysia ni (Muslim khususnya) memang begitu mementingkan gula dalam penyediaan makanan dan minuman harian. Laporan theStar menyebut :

"> Supplies continue to run low at many sundry shops in the Klang Valley but stocks are starting to reappear in super and hypermarkets,

> Other parts of Malaysia seem to be adequately stocked with sugar,

> Authorities blame local sugar refineries for cutting back on production after over-producing in the first half of the year."

"There is speculation that the Government would increase the price of sugar, but it is not true. People are using the rumours to stock up and make a quick profit.

'The public should not believe such rumours and panic-buy. They should also report to the ministry about those who hoard or smuggle sugar,' he said, adding that ministry had acted against the culprits.

He cited cases where two wholesalers who were caught hoarding sugar and another in Perak who was caught selling sugar at a blackmarket price of RM1.80 per kg as opposed to the approved price of RM1.45 per kg."