(dipetik dari blog PJS Ramly Ahmad http://hamba66-ramly.blogspot.com/)
Kaedah Bekam
Kaedah yang digunakan amatlah bersih dan alatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman dimana jarum disteril dan dibuang selepas dipakai. Segala langkah keselamatan mestilah diambil untuk mengelakkan jangkitan samada kepada pembekam atau pun pesakit.
Tempat dimana pembekaman hendaklah dilakukan mestilah bersih, cukup terang dan cukup udara. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan pakaibuang.
Permukaan kulit yang hendak dibekam mesti dibersihkan dahulu dengan antiseptik sebelum dan selepas dibekam. Losyen keradangan dan herba mesti disapukan ke atas kulit yang telah dibekam untuk mencegah keradangan dan jangkitan.
Segala peralatan yang digunakan terutama yang terkena darah mesti dibasuh dengan ubat pembunuh kuman untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan ubat dan kemudian direndam di dalam air panas dan sabun selama 1 jam dan seterusnya dibilas dengan air.
Tempat Yang Tidak Boleh Dibekam
-Ke atas abdomen perempuan mengandung.
-Ke atas orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian.
-Ke atas kulit yang luka dan berpenyakit.
-Ke atas perut orang yang terlalu kenyang.
-ke atas tempat yang sama melebehi 8 kali.
Peralatan Untuk Berbekam
-Alat pencucuk dan jarum.
-Cawan dan pam penyedut.
-Sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.
-Cecair pembersih (surgical spirit)
-Kapas dan kertas tisu yang disteril.
-Bekas untuk meletak cawan bekam.
-Losyen antiseptik dan anti-radang.
No comments:
Post a Comment