iDevAffiliate

Saturday, December 6, 2008

Kaedah Minum Kopi Radix

Selalunya kita minum kopi ikut sedap mulut saja. Tapi sebenarnya meminum kopi Radix ada cara (untuk memaksimumkan khasiatnya, insya'allah).

1. Mula-mula tuang serbuk kopi Radix ke dalam mug/cawan. Tujuan - Tak tuang, macamana nak bancuh! :)

2. Campurkan dengan sedikit air sejuk (suhu biasa). Tujuan - mengelakkan vitamin C terurai bila dicampur air panas nanti.

3. Tuang air panas mendidih. Tujuan - membolehkan dinding selulos akar herba terurai, memudahkan pati akar diserap oleh usus.

4. Kacau dengan menggunakan sudu plastik (atau kayu!) Elakkan penggunaan sudu besi. Tujuan - mengelakkan zat besi hilang.

5. Biarkan beberapa minit (atau hingga sejuk). Tujuan - memberi masa untuk pati akar meresap keluar dari akar.

6. Selepas minum, serbuk yang tinggal dicampur dengan air sejuk (suhu biasa), dan minum semuanya. Tujuan - elak membazir kopi dan herba yang tinggal, selain memastikan air badan mencukupi selepas minum herba.

Sekian, mai secawan!

*Rujukan : http://herbapenawar.zxq.net/index.htm

2 comments:

Jamaluddin Yeop Majlis said...

Vitamin C dalam Kopi Radix datangnya dari Akar Mengkudu Hutan yang bersifat Bioflavonoid atau dipanggil juga sebagai Vit P. Ia tidak mudah diuraikan walaupun dengan air panas. Wallahualam.

Mohd Yunus Sharum, PhD said...

maaf kesilapan saya. saya dapat 'fakta' tersebut sewaktu menghadiri kelas di cwangan (penceramah lain). terima kasih En. Jamaluddin atas pembetulan berkenaan.

harap dapat betulkan - Mohd Yunus Sharum (http://herbapenawar.zxq.net).