Selamat meneroka dunia pemakanan tambahan atau supplement (suplemen). Blog ini memapar artikel-artikel berkenaan Vitamin, Suplemen dan makanan tambahan bernutrisi yang terdapat di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kepelbagaian fungsi suplemen dan vitamin tersebut juga perlu diketahui untuk memperbaiki tahap kesihatan insan. Di samping itu anda juga akan dihidangkan dengan artikel-artikel lain berkenaan healthcare, home care, kecantikan dan sebagainya..
Monday, February 8, 2010
Ayat Seribu Dinar
Petikan dari "JAWI Medicinal Herbs 2" oleh Tuan Hj. Ismail Ahmad:
JAKIM telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berhubung dengan kepercayaan sebahagian umat Islam yang menggantungkan ayat 1000 dinar sebagai pelaris perniagaan. Perbuatan ini boleh menjejaskan akidah kerana soal rezeki tidak boleh dihubungkaitkan dengan sesuatu tulisan yang digantung. Kadang kala mereka yang membuka perniagaan itu sendiri tidak solat dan mengabaikan batasan aurat semasa berniaga.
Daripada menggantungkan ayat 1000 dinar sampailah kepada menggantungkan gambar seseorang dengan tujuan yang sama. Ini berlaku di negeri Kedah, Perlis dan Penang. Bukan hanya ayat 1000 dinar yang digantung tetapi mereka mula menggantungkan gambar seseorang dengan tujuan pelaris. Majlis Fatwa Negeri Kedah belum lagi mengeluarkan sebarang fatwa sedangkan gejala ini telah menular luas di premis-premis perniagaan.
Sepatutnya umat Islam mengamalkan solat dan doa Dhuha yang memohon keberkatan rezeki daripada Allah secaral langsung di samping menjaga ketakwaan padaNya agar terhindar dari gejala syirik yang sedang berleluasa di tengah masyarakat yang kian jahil terhadap agamanya sendiri.
Labels:
Info Muslim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment