REVERSE OSMOSIS (RO) merupakan satu proses penapisan air. Dalam sistem tapisan reverse osmosis, kebiasaannya air dimasukkan ke dalam penapis semi permeable membrane dan penapis karbon.
Saiz membran tersebut menentukan air yang dapat melalui penapis tersebut, dan pada masa sama meninggalkan segala bahan kimia, bakteria, kekotoran, logam berat dan sebagainya. Bahkan, mineral turut ditapis menggunakan sistem tapisan RO ini.
Itu sebabnya air RO digelar sebagai air tulen dan air mati kerana ia tiada kandungan bakteria dan mineral padanya.
Namun pada masa sama, air reverse osmosis juga mempunyai kelemahan tersendiri.
Ini kerana bagi air reverse osmosis, tapisannya bukan sekadar membuang kandungan logam berat dan bakteria pada air, malah ia juga menyingkirkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan. Yang mana kandungan mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
Sekarang, Mari kita lihat fakta berkenaan air mineral pula.
Air mineral adalah air yang mengandungi mineral yang baik untuk kesihatan kita. Ini kerana badan kita sangat memerlukan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan lain-lain mineral sihat untuk badan kita bekerja secara efisien.
Lihat gambar di atas. ujikaji terhadap bawang yang direndam sebahagian ke dalam pelbagai jenis air membuktikan air mineral akan menggalakkan pertumbuhan bawang berbanding air yang diproses menggunakan penapis air yang bukan mineral.
p/s: Tahukah anda, Air Zam Zam juga terkenal dengan kandungan mineral yang sangat tinggi!
1 comment:
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q
Post a Comment