iDevAffiliate
Showing posts with label Produk Minuman. Show all posts
Showing posts with label Produk Minuman. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Radix Diet

Kopi Radix Diet adalah antara produk terkini dari HPA yang sesuai untuk diminum oleh pengidap kencing manis. Rasanya sememangnya pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Selain itu, kopi Radix Diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu diminum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi Radix Diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Radix Diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi Radix Diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

Friday, July 17, 2009

Khasiat Herba Misai Kucing

Gambar di atas adalah Teh Tropika (herba misai kucing) keluaran HPA.

Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

Saturday, May 23, 2009

Herba Misai Kucing (Teh Tropika)


Pokok herba Misai Kucing dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi. Banyak sekali produk-produk dalam pasaran kini dijual berasaskan pokok herba ini. Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan bunganya berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kencing manis. Ia juga membantu memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang dan ghout. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Produk HPA yang menggunakan herba Misai Kucing ialah Teh Tropika.

Monday, January 5, 2009

Roselle Kuatkan Sistem Imun Badan


Sumber: Akhbar Kosmo dan Majalah Harmoni.

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L berasal dari Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter. Ia akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.

Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek. Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.

Buah roselle selain sedap dibuat kordial minuman dan jem, ia juga boleh direbus begitu sahaja. Air rebusan ini mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah dan merawat penyakit arteriosklerosis.

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Roselle memang kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas akan mendorong kepada penyakit kanser.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, pengambilan roselle secara berterusan dapat membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat, meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan menguatkan imuniti atau sistem pertahanan yang kuat.

Saturday, December 6, 2008

Kaedah Minum Kopi Radix

Selalunya kita minum kopi ikut sedap mulut saja. Tapi sebenarnya meminum kopi Radix ada cara (untuk memaksimumkan khasiatnya, insya'allah).

1. Mula-mula tuang serbuk kopi Radix ke dalam mug/cawan. Tujuan - Tak tuang, macamana nak bancuh! :)

2. Campurkan dengan sedikit air sejuk (suhu biasa). Tujuan - mengelakkan vitamin C terurai bila dicampur air panas nanti.

3. Tuang air panas mendidih. Tujuan - membolehkan dinding selulos akar herba terurai, memudahkan pati akar diserap oleh usus.

4. Kacau dengan menggunakan sudu plastik (atau kayu!) Elakkan penggunaan sudu besi. Tujuan - mengelakkan zat besi hilang.

5. Biarkan beberapa minit (atau hingga sejuk). Tujuan - memberi masa untuk pati akar meresap keluar dari akar.

6. Selepas minum, serbuk yang tinggal dicampur dengan air sejuk (suhu biasa), dan minum semuanya. Tujuan - elak membazir kopi dan herba yang tinggal, selain memastikan air badan mencukupi selepas minum herba.

Sekian, mai secawan!

*Rujukan : http://herbapenawar.zxq.net/index.htm

Tuesday, December 2, 2008

Radix Koko


Satu lagi produk minuman keluaran HPA kini sedang berada di pasaran. Produk baru ini diberi nama Radix Koko. Menurut Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Ahmad, Radix Koko dijangkakan akan menjadi pesaing terdekat Milo.

Menurut Tuan Haji Ismail lagi dalam blognya (http://jawiherbshop.blogspot.com/), HPA tidak memasukkan herba dalam Radix Koko kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif pada perubahan.

Target selepas ini ialah untuk mengeluarkan Radix Mocha di mana Kopi Radix akan dicampur dengan Radix Koko. Harga pengguna Radix Koko di Semenanjung adalah RM20.

Selamat mencuba!

Friday, October 17, 2008

Teh Manjakani

Tengahari tadi saya ke stokis HPA di Jalan Raja Laut. Masalah terkini yang ketara adalah kurangnya bekalan Kopi Radix. Beberapa orang yang berkunjung ke situ keluar dengan perasaan hampa kerana tidak mendapat bekalan Kopi Radix. Harap masalah bekalan ini akan dapat diatasi dalam sehari dua ini.

Sementara itu HPA telah memperkenalkan beberapa produk baru. Antaranya ialah Teh Manjakani yang kandungannya terdiri dari gula, creamer, teh instant, manjakani (nama saintifiknya "quercus infectoria" dan kacip fatimah ("labisia pumilia").

Manjakani mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin di dalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh. Teh manjakani juga digunakan oleh wanita untuk mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita yang belum berkahwin.

Peringatan: Teh Manjakani HPA sesuai diminum oleh wanita dan juga lelaki.

Dalam blog Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail memberitahu "Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh,sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat selepas mengamalkan teh manjakani ialah kelangsingan tubuh (setelah 1 bulan mengamalkanya)."


Saya telah mencubanya dan rasanya memang lazat. Tak perlu tambah susu sebab dah ada creamer. Sekian. Selamat mencuba.

Friday, July 25, 2008

Mari Minum Radix Sarsi & Roselle


Antara minuman kegemaran saya yang dikilangkan HPA ialah Radix Sarsi dan Roselle.

Untuk mempelbagaikan produk HPA, syarikat telah pun mengeluarkan Radix Sarsi dan Roselle RTD (Ready To Drink) dalam botol yang bersaiz kecil.
Radix Sarsi boleh didapati dalam botol bersaiz 500ml pada harga pengguna RM2.50
Roselle RTD (Ready To Drink) pula dalam botol bersaiz 300ml pada harga pengguna RM2.00

Roselle atau Hibiscus Sabdariffa mempunyai kandungan vitamin C lebih tinggi dari buah limau. Air minuman roselle baik untuk anti penuaan, demam panas, resdung, asma dan juga stress atau sukar tidur.

Radix Sarsi pula adalah minuman ringan yang mempunyai sinergi khas herba sebagai alternatif kepada penggemar minuman berkarbonat.

Saturday, May 24, 2008

Rahsia Susu Organik


(Petikan artikel dari Majalah Rapi Sihat Cantik)

Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dan vitamin dalam susu organik lebih tinggi berbanding susu biasa. Kajian yang dilakukan Institut Kajian Pertanian mendapati susu organik mengandungi 50 peratus vitamin E dan 75 peratus beta karotina lebih tinggi. Lembu dan kambing yang diberi makan sayuran atau tumbuhan organik juga akan menghasilkan susu yang kaya peratusan Omega-3.

Seperti yang saya tulis pada posting terdahulu, salah satu produk terbaru HPA adalah susu kambing segar asli (250ml, kambing ternakan diberi makan secara organik). Masa untuk sesuatu yang baru!

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Monday, May 5, 2008

Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau!

Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

Panduan penggunaan Kordial Roselle keluaran HPA :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan 1 bahagian pati dengan 4 bahagian air mengikut rasa.
Selamat mencuba.