Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.
Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Kurma
Hindar Gangguan Usus - Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.
Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Selamat meneroka dunia pemakanan tambahan atau supplement (suplemen). Blog ini memapar artikel-artikel berkenaan Vitamin, Suplemen dan makanan tambahan bernutrisi yang terdapat di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kepelbagaian fungsi suplemen dan vitamin tersebut juga perlu diketahui untuk memperbaiki tahap kesihatan insan. Di samping itu anda juga akan dihidangkan dengan artikel-artikel lain berkenaan healthcare, home care, kecantikan dan sebagainya..
Tuesday, July 21, 2009
Monday, July 20, 2009
Khasiat pucuk petik
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk mengawal dan menurunkan hypertension atau darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Selain pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah atau penyakit. Contohnya apabila diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.
Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Friday, July 17, 2009
Khasiat Herba Misai Kucing
Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.
Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.
Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.
Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.
Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.
Thursday, July 16, 2009
Tumbuhan Herba Sebagai Ubat

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Di antara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :
1. Penyakit kepialu
Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
2. Demam panas
Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
3. Muntah
Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
4. Sakit Kepala
Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
5. Kayap
Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
6. Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.
Sumber : http://fazlisyam.com/2007/11/23/bagaimana-tumbuhan-herba-dijadikan-sebagai-ubat/
Saturday, July 11, 2009
Keajaiban Tumbuhan Herba

Ketika kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama kegunaan harian.
Produk tersebut mungkin ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan berasaskan herba yang kini semakin popular.
Justeru, apabila semakin banyak pihak mula menyedari kecenderungan tersebut dan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba, ia boleh dianggap satu perkembangan positif.
Menjalankan penyelidikan mengenai khasiat herba tidak sahaja membantu mempromosikan tumbuhan tersebut secara langsung tetapi masyarakat juga kini mula menghargai bukti saintifik dan khasiatnya.
Lebih menarik, beberapa pihak sudah mengambil langkah lebih kehadapan yang akan menyokong industri ini pada masa akan datang menerusi pewujudan taman-taman herba dan seumpamanya.
Sebagai bukti, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan ubat-ubatan.
Usaha tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains (IBS) UPM telah berjaya menarik para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, konsep taman tersebut sangat bersesuaian dengan UPM yang memberi fokus kepada penanaman tumbuhan untuk menghasilkan produk hiliran...
dipetik dari laman web Utusan Online (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm)
Saturday, June 20, 2009
Suplemen dan Vitamin Kesihatan : Hati-Hati .. Sejauh Mana Selamat Dan Berguna?

Hari ini sekiranya anda masuk sahaja ke farmasi atau kedai makanan kesihatan, anda akan melihat pelbagai jenis suplemen kesihatan dan vitamin. Anda seperti dijamin dapat hidup seribu tahun lagi dengan kesihatan yang baik.
Brosur dan risalah memberitahu: Vitamin B komplek dan C boleh menghilangkan stres, Vitamin E akan meningkatkan ketahanan dan stamina, vitamin B12 boleh menghilangkan letih, jeli raja meningkatkan tenaga dan lain-lain lagi, seolah-olah di situ adalah rumah penambahbaik kesihatan seumur hidup anda.
Adakah suplemen kesihatan seperti ini wajar?
Adakah ia menyokong kehidupan yang menyihatkan?
Adakah anda fikir bagaimana penyakit kronik kini yang dideritai oleh ramai orang disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, stres dan gaya hidup yang tidak sihat, boleh ditukar atau dicegah dengan menelan pelbagai suplemen pemakanan setiap hari?
Adakah pil vitamin memberi jawapan hidup anda akan lebih panjang dan bebas penyakit?
Sebenarnya semua ini adalah kerja iklan yang agresif, diikuti dengan masyarakat yang mencari penyelesaian secara cepat untuk penyakit mereka.
Hal ini menjadi amat popular di Malaysia. Kajian menunjukkan 1 setiap 2 rakyat Malaysia mengambil suplemen pemakanan.
Apa yang dapat kami beri jawapan ialah kebanyakan suplemen tidak berkesan dan banyak daripadanya toksik. Beberapa kajian mendapati ramai yang “membuang masa dan wang”.
Jadi, berhati-hatilah bila mengambil supplemen kesihatan. Pastikan sumbernya benar-benar terjamin selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

