iDevAffiliate

Thursday, July 16, 2009

Tumbuhan Herba Sebagai Ubat


Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.

Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.

Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Di antara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :

1. Penyakit kepialu

Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.

2. Demam panas

Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.

3. Muntah

Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

4. Sakit Kepala

Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.

5. Kayap

Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.

6. Panau

Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Sumber : http://fazlisyam.com/2007/11/23/bagaimana-tumbuhan-herba-dijadikan-sebagai-ubat/

Saturday, July 11, 2009

Keajaiban Tumbuhan Herba


Ketika kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama kegunaan harian.

Produk tersebut mungkin ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan berasaskan herba yang kini semakin popular.

Justeru, apabila semakin banyak pihak mula menyedari kecenderungan tersebut dan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba, ia boleh dianggap satu perkembangan positif.

Menjalankan penyelidikan mengenai khasiat herba tidak sahaja membantu mempromosikan tumbuhan tersebut secara langsung tetapi masyarakat juga kini mula menghargai bukti saintifik dan khasiatnya.

Lebih menarik, beberapa pihak sudah mengambil langkah lebih kehadapan yang akan menyokong industri ini pada masa akan datang menerusi pewujudan taman-taman herba dan seumpamanya.

Sebagai bukti, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan ubat-ubatan.

Usaha tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains (IBS) UPM telah berjaya menarik para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, konsep taman tersebut sangat bersesuaian dengan UPM yang memberi fokus kepada penanaman tumbuhan untuk menghasilkan produk hiliran...

dipetik dari laman web Utusan Online (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm)

Saturday, June 20, 2009

Suplemen dan Vitamin Kesihatan : Hati-Hati .. Sejauh Mana Selamat Dan Berguna?


Hari ini sekiranya anda masuk sahaja ke farmasi atau kedai makanan kesihatan, anda akan melihat pelbagai jenis suplemen kesihatan dan vitamin. Anda seperti dijamin dapat hidup seribu tahun lagi dengan kesihatan yang baik.

Brosur dan risalah memberitahu: Vitamin B komplek dan C boleh menghilangkan stres, Vitamin E akan meningkatkan ketahanan dan stamina, vitamin B12 boleh menghilangkan letih, jeli raja meningkatkan tenaga dan lain-lain lagi, seolah-olah di situ adalah rumah penambahbaik kesihatan seumur hidup anda.

Adakah suplemen kesihatan seperti ini wajar?
Adakah ia menyokong kehidupan yang menyihatkan?

Adakah anda fikir bagaimana penyakit kronik kini yang dideritai oleh ramai orang disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, stres dan gaya hidup yang tidak sihat, boleh ditukar atau dicegah dengan menelan pelbagai suplemen pemakanan setiap hari?
Adakah pil vitamin memberi jawapan hidup anda akan lebih panjang dan bebas penyakit?

Sebenarnya semua ini adalah kerja iklan yang agresif, diikuti dengan masyarakat yang mencari penyelesaian secara cepat untuk penyakit mereka.

Hal ini menjadi amat popular di Malaysia. Kajian menunjukkan 1 setiap 2 rakyat Malaysia mengambil suplemen pemakanan.

Apa yang dapat kami beri jawapan ialah kebanyakan suplemen tidak berkesan dan banyak daripadanya toksik. Beberapa kajian mendapati ramai yang “membuang masa dan wang”.

Jadi, berhati-hatilah bila mengambil supplemen kesihatan. Pastikan sumbernya benar-benar terjamin selamat.

Saturday, May 23, 2009

Makan Ais Krim Lagi... :))

Biasa la.. dah musim panas, apa lagi.. makan ais krim je.
Kali ini perisa vanilla pulak... yummy yummy :))

HPA kini mengeluarkan aiskrim dengan empat perisa : Radix kopi, Radix koko, jagung dan vanilla. Ia boleh dibeli sama ada dalam kuantiti 500ml atau 1.5L

Herba Misai Kucing (Teh Tropika)


Pokok herba Misai Kucing dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi. Banyak sekali produk-produk dalam pasaran kini dijual berasaskan pokok herba ini. Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan bunganya berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kencing manis. Ia juga membantu memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang dan ghout. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Produk HPA yang menggunakan herba Misai Kucing ialah Teh Tropika.

Monday, May 11, 2009

Aiskrim Perisa Kopi Radix! Yummy!

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya menikmati buat kali yang pertama ais krim keluaran syarikat HPA. Untuk pembelian pertama, saya mencuba ais krim perisa kopi radix. Alhamdulillah, memang sedap! Tahniah HPA! Esok saya cari ais krim perisa koko, vanilla atau jagung pulak :)

Inilah makanan tengahari saya hari ini :)