iDevAffiliate

Wednesday, January 28, 2009

Amaran Untuk Produk Mentega Kacang (Peanut Butter)


Sumber : TheStar

Peanut butter put on health alert
By LISA GOH

KUALA LUMPUR: The Government has placed all peanut butter products from the United States on Level Five alert following several salmonella-linked deaths there, said Health Minister Datuk Liow Tiong Lai.

He said a Level Five alert meant that products would be held back and stringently tested first, and only released if they are found safe for consumption.

“The importer themselves have withdrawn the particular batches of contaminated products from the shelves.

“They have identified which batches are contaminated,” he told reporters after handing out angpows to the Valley of Hope residents here Saturday.

In a statement, the Health Ministry’s Food Safety and Quality Division said that the Ministry was informed that possibly contaminated dough, which uses peanut butter and peanut paste, had been exported to Malaysia, for The Famous Amos Chip Cookie Corp (M) Sdn Bhd.

“Investigations found that the dough had been imported from Peanut Corporation of America, and was used in three sales premises in KLCC, Sungai Wang and at the KL International Airport.

“The company has recalled the dough from all three premises,” the statement said. Liow added that the Government had “raised the alert to Level Five at all ports just to ensure that the incoming batches are free of salmonella contamination.” Asked if there were any other US products which were placed on Level Five alert, he said, “It’s a very specific product. We are focusing on one product -- peanut butter.”

US authorities on Friday said seven people had died from a nationwide outbreak of salmonella associated with tainted peanut butter and paste sourced to the PCA plant in Blakely, Georgia. The Centres for Disease Control and Prevention (CDC) has identified the bacterial strain as Salmonella Typhimurium. The CDC said there had been 492 cases in 43 states and one Canadian province of people sickened with the strain as of Thursday, US media reports. Patients ranged in age from one to 98 and 22% of people afflicted with the bacteria have been hospitalised.

Another 10 US firms Friday recalled products which use PCA peanut butter or paste -- bringing to roughly 360 the number of products affected -- as it emerged that the plant at the centre of the probe laid off most of its roughly 50 workers, US papers said. The recalled products range from snack bars to crackers and pre-packaged meals and even pet food. But products containing peanuts not sourced from the PCA plant are deemed safe.

The Food and Drug Administration, which is investigating, has said it has no evidence to suggest the contamination originated with any other major manufacturing facility other than the PCA plant.

Monday, January 5, 2009

Roselle Kuatkan Sistem Imun Badan


Sumber: Akhbar Kosmo dan Majalah Harmoni.

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L berasal dari Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter. Ia akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.

Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek. Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.

Buah roselle selain sedap dibuat kordial minuman dan jem, ia juga boleh direbus begitu sahaja. Air rebusan ini mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah dan merawat penyakit arteriosklerosis.

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Roselle memang kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas akan mendorong kepada penyakit kanser.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, pengambilan roselle secara berterusan dapat membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat, meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan menguatkan imuniti atau sistem pertahanan yang kuat.

Wednesday, December 31, 2008

Solat Boleh Rawat Penyakit Kritikal


Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019084321/Article/index_html

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Monday, December 8, 2008

Kaedah, Tempat dan Peralatan Berbekam

(dipetik dari blog PJS Ramly Ahmad http://hamba66-ramly.blogspot.com/)

Kaedah Bekam

Kaedah yang digunakan amatlah bersih dan alatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman dimana jarum disteril dan dibuang selepas dipakai. Segala langkah keselamatan mestilah diambil untuk mengelakkan jangkitan samada kepada pembekam atau pun pesakit.

Tempat dimana pembekaman hendaklah dilakukan mestilah bersih, cukup terang dan cukup udara. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan pakaibuang.

Permukaan kulit yang hendak dibekam mesti dibersihkan dahulu dengan antiseptik sebelum dan selepas dibekam. Losyen keradangan dan herba mesti disapukan ke atas kulit yang telah dibekam untuk mencegah keradangan dan jangkitan.

Segala peralatan yang digunakan terutama yang terkena darah mesti dibasuh dengan ubat pembunuh kuman untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan ubat dan kemudian direndam di dalam air panas dan sabun selama 1 jam dan seterusnya dibilas dengan air.

Tempat Yang Tidak Boleh Dibekam

-Ke atas abdomen perempuan mengandung.
-Ke atas orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian.
-Ke atas kulit yang luka dan berpenyakit.
-Ke atas perut orang yang terlalu kenyang.
-ke atas tempat yang sama melebehi 8 kali.

Peralatan Untuk Berbekam

-Alat pencucuk dan jarum.
-Cawan dan pam penyedut.
-Sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.
-Cecair pembersih (surgical spirit)
-Kapas dan kertas tisu yang disteril.
-Bekas untuk meletak cawan bekam.
-Losyen antiseptik dan anti-radang.

Salah satu demo berbekam sewaktu Kursus Bekam anjuran HPA

Sunday, December 7, 2008

Kelebihan Spirulina


Kelebihan Spirulina (satu daripada produk herba supplemen keluaran HPA), dipetik dari nota Kuliah Intibah Tuan Haji Ismail Ahmad :

1. WARNA SPIRULINA
Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan. Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.

2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI
Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI
SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI
Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simptom menopause.
SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%. Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makannya. SPIRULINA juga mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

Saturday, December 6, 2008

Kaedah Minum Kopi Radix

Selalunya kita minum kopi ikut sedap mulut saja. Tapi sebenarnya meminum kopi Radix ada cara (untuk memaksimumkan khasiatnya, insya'allah).

1. Mula-mula tuang serbuk kopi Radix ke dalam mug/cawan. Tujuan - Tak tuang, macamana nak bancuh! :)

2. Campurkan dengan sedikit air sejuk (suhu biasa). Tujuan - mengelakkan vitamin C terurai bila dicampur air panas nanti.

3. Tuang air panas mendidih. Tujuan - membolehkan dinding selulos akar herba terurai, memudahkan pati akar diserap oleh usus.

4. Kacau dengan menggunakan sudu plastik (atau kayu!) Elakkan penggunaan sudu besi. Tujuan - mengelakkan zat besi hilang.

5. Biarkan beberapa minit (atau hingga sejuk). Tujuan - memberi masa untuk pati akar meresap keluar dari akar.

6. Selepas minum, serbuk yang tinggal dicampur dengan air sejuk (suhu biasa), dan minum semuanya. Tujuan - elak membazir kopi dan herba yang tinggal, selain memastikan air badan mencukupi selepas minum herba.

Sekian, mai secawan!

*Rujukan : http://herbapenawar.zxq.net/index.htm